BANGI: Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana berswafoto bersama seorang pekerja kedai serbaneka selepas mencederakan pekerja itu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini.
Bagaimanapun penyelia tapak pembinaaan, U.S. Divagaran, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas lelaki berusia 18 tahun itu di sebuah kedai serbaneka di Ecohill Taipan, Semenyih di sini pada 5 pagi, 20 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Peguam V. Vickneswari yang mewakili Divagaran memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya yang masih bujang menanggung dan menjaga ibu bapanya yang uzur kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
"Anak guam saya bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan dengan pendapatan tetap antara RM1,500 hingga RM2,000. Selain itu, dia perlu membayar bulanan untuk kereta dan rumah masing-masing RM500. Jumlah jaminan yang tinggi sukar dibiayai oleh keluarga tertuduh," kata peguam itu.
Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan kes bagi laporan perubatan dan serahan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian kira-kira 5 pagi, tertuduh yang dipercayai dalam keadaan mabuk memasuki sebuah kedai serbaneka untuk membeli minuman.
Dia kemudian membawa keluar tiga payung dari premis berkenaan tanpa membuat bayaran menyebabkan mangsa menegurnya dan berlaku pertengkaran sebelum tertuduh menumbuk mangsa di muka.
Tular di media sosial dua video kejadian terbabit dan beberapa keping gambar seorang lelaki berswafoto bersama mangsa yang cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
U.S. Divagaran, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas lelaki berusia 18 tahun itu. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Persiapan akhir hukuman sebat di masjid berjalan lancar
Proses akhir pelaksanaan hukuman sebatan luar penjara terhadap individu pertama di Terengganu melakukan kesalahan khalwat berulang yang akan dilaksana selepas solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang esok berjalan lancar.
AWANI Ringkas: Mati mengejut | Pergolakan di Mozambique
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/12/2024] - Amaran hujan lebat | Lahirkan graduan berkemahiran tinggi | Kadar premium kekal
AWANI Borneo Khamis, 26 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Pesilat Muda Sarawak cipta kejutan di Abu Dhabi
Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurkan majlis penghargaan buat pesilat muda berbakat dari Marudi, Ummi Masitah Hassan.
DAPSY gesa kelemahan dalam SCHB ditangani
Kerajaan Sarawk digesa segera menangani kelemahan dalam Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) susulan berlakunya tuntutan tanpa pengesahan yang mengakibatkan seorang warga emas kehabisan RM500 nilai bantuan tanpa pengetahuan.
Lelaki berswafoto selepas cederakan pekerja kedai serbaneka didakwa
Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana berswafoto bersama seorang pekerja kedai serbaneka selepas mencederakan pekerja itu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi.