Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan didakwa dalam skandal penyelewengan dana infrastruktur Jabatan Air Sabah.
Beliau berkata siasatan keseluruhan kes itu kini di peringkat akhir dan pihaknya juga sedang berbincang dengan timbalan pendakwa raya bagi mendakwa individu lain yang dikenal pasti terlibat.
"Kes ini (kes pertama didakwa di mahkamah) adalah berhubung dengan penemuan wang sebegitu besar. Oleh itu, kita menghadapkan tiga orang tertuduh di mahkamah pada hari ini.
"Saya boleh katakan siasatan ke atas kes ini (yang dibawa ke mahkamah pada hari ini) adalah cepat disiapkan. Tetapi terdapat beberapa kes lagi itu, kami akan merujuk dengan timbalan pendakwa raya.
"Saya meminta semua pihak sabar dan jangan membuat sebarang spekulasi dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Azam juga mengesahkan tiada orang kenamaan yang akan dituduh di mahkamah membabitkan kes itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan keseluruhan kes berkenaan akan melihat kepada permasalahan air di Sabah yang antara lain membabitkan pengendalian projek dan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah jabatan itu.
"Kerajaan negeri memberi kerjasama yang baik kepada SPRM untuk mengatasi masalah ini berdasarkan kepada siasatan kes," katanya.
Bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, bersama isteri Fauziah Piut, 51, serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Negeri Lim Lam Beng, 62, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini.
Mereka mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank serta memiliki barangan berjenama mewah secara menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016

AZAM: kemungkinan lebih ramai individu akan didakwa dalam skandal penyelewengan dana infrastruktur Jabatan Air Sabah. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

24 sambungan paip air haram dekat UMS dipotong - Shahelmey
Jabatan Air Sabah (JANS) hari ini memotong 24 sambungan paip air haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya berhampiran Kampung Suang Parai, Sepanggar.

Masalah air bersih di pantai timur Sabah perlu perhatian
Penduduk di Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah mengaku tidak bersalah gubah wang haram
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah mengaku tidak bersalah terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.

Lebih ramai akan didakwa skandal seleweng dana infrastruktur air Sabah - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan didakwa dalam skandal penyelewengan dana infrastruktur Jabatan Air Sabah.

Kes penyelewengan di Sabah: Tempoh reman pengarah, timb pengarah dilanjut
Tempoh tahanan reman pengarah itu dilanjutkan lima hari manakala tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari lagi.

Jangan ganggu siasatan SPRM - Shafie
Shafie Apdal berkata, tidak ada pihak harus mencampuri siasatan SPRM berhubung pemberian projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Kes projek infrastruktur Sabah: Suspek bantu SPRM pindah wang ke Malaysia
Sumber hari ini berkata proses memindahkan wang itu akan dibuat melalui bantuan 'Mutual Legal Assistant' (MLA).