Tempoh tahanan reman bagi empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah dilanjutkan di antara lima dan tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Tempoh tahanan reman pengarah itu dilanjutkan lima hari manakala tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari lagi.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan melanjut tempoh tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Sebelum ini, keempat-empat individu terbabit ditahan reman tujuh hari bermula 5 Okt lepas dan berakhir hari ini.
Kesemua suspek itu, yang dibawa SPRM secara berasingan menggunakan empat kereta, tiba di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira 10 pagi tadi.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.
Pada 4 Okt lepas, SPRM menahan dua pegawai kanan kerajaan itu di pejabat mereka pada 9.15 pagi kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek dikendalikan jabatan itu kepada keluarga mereka.
Sehingga kini, SPRM merampas lebih RM114.5 juta dalam bentuk wang tunai dan daripada akuan suspek serta keluarga mereka, yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata rampasan wang tunai itu adalah yang terbesar dalam sejarah SPRM membabitkan penjawat awam.
Semalam, sumber rapat dengan SPRM berkata sebanyak 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah itu dianggarkan bernilai RM30 juta. -Bernama
Bernama
Tue Oct 11 2016

SPRM merampas lebih RM114.5 juta dalam bentuk wang tunai dan daripada akuan suspek serta keluarga mereka, yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu. -Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

24 sambungan paip air haram dekat UMS dipotong - Shahelmey
Jabatan Air Sabah (JANS) hari ini memotong 24 sambungan paip air haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya berhampiran Kampung Suang Parai, Sepanggar.

Masalah air bersih di pantai timur Sabah perlu perhatian
Penduduk di Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah mengaku tidak bersalah gubah wang haram
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah mengaku tidak bersalah terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.

Lebih ramai akan didakwa skandal seleweng dana infrastruktur air Sabah - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan didakwa dalam skandal penyelewengan dana infrastruktur Jabatan Air Sabah.

Kes penyelewengan di Sabah: Tempoh reman pengarah, timb pengarah dilanjut
Tempoh tahanan reman pengarah itu dilanjutkan lima hari manakala tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari lagi.

Jangan ganggu siasatan SPRM - Shafie
Shafie Apdal berkata, tidak ada pihak harus mencampuri siasatan SPRM berhubung pemberian projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Kes projek infrastruktur Sabah: Suspek bantu SPRM pindah wang ke Malaysia
Sumber hari ini berkata proses memindahkan wang itu akan dibuat melalui bantuan 'Mutual Legal Assistant' (MLA).