Dua pegawai tinggi sebuah agensi kerajaan di sini, yang ditahan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion, akan membantu SPRM dalam proses memindahkan wang mereka yang disimpan di luar negara ke akaun di Malaysia dalam masa terdekat.
Sumber hari ini berkata proses memindahkan wang itu akan dibuat melalui bantuan 'Mutual Legal Assistant' (MLA).
Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan jumlah wang mereka yang terdapat di luar negara.
"Setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan 23 orang berhubung siasatan ‘Ops Water’. Seorang daripadanya adalah adik pengarah berkenaan," kata sumber itu.
Pada Selasa, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan itu.
Selain itu, SPRM merampas 127 geran tanah, sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan jenama mewah, jam tangan jenama mewah serta pelbagai jenama dan barang kemas.
Sumber itu berkata SPRM dijangka memanggil pegawai Jabatan Tanah dan Ukur negeri Sabah untuk menilai hartanah termasuk tanah perumahan, tanah pertanian dan premis komersil di beberapa lokasi di Sabah.
Kereta-kereta mewah yang dirampas daripada pengarah itu didapati dibeli menggunakan nama syarikat adiknya manakala timbalan pengarah pula dikesan membeli sebuah rumah di luar negara.
"SPRM juga sedang menyiasat sebuah syarikat yag menguruskan pengaliran wang milik timbalan pengarah itu," kata sumber itu.
Bernama
Sat Oct 08 2016

Pada Selasa, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kes projek infrastruktur Sabah: Suspek bantu SPRM pindah wang ke Malaysia
Sumber hari ini berkata proses memindahkan wang itu akan dibuat melalui bantuan 'Mutual Legal Assistant' (MLA).