SUNGAI BULOH: Lebih muatan dipercayai punca lif sebuah bangunan di Kota Damansara di sini tersangkut menyebabkan 19 mangsa terperangkap di dalamnya.
Kejadian dikongsikan di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh memaparkan gambar beserta video operasi menyelamat berdurasi 2 minit 43 saat yang dijalankan pada Sabtu.
Menurut perkongsian itu, kejadian dilaporkan pada jam 8.26 malam membabitkan kesemua wanita terdiri daripada pelajar sebuah kolej di bangunan itu yang terperangkap di dalam lif di tingkat satu.
"Anggota bomba bertindak membuka pintu lif dengan menggunakan kunci lif dan semua mangsa dapat dikeluarkan dalam keadaan selamat," menurut perkongsian itu pada Ahad.
Dalam hantaran berasingan, BBP Sungai Buloh menasihatkan orang ramai menggunakan kemudahan lif secara berhemah dan menitikberatkan had bebanan yang ditetapkan bagi setiap penggunaan.
"Lif tidak dapat menampung bebanan melebihi kapasiti yang ditetapkan.
"Walaupun lif tidak mengeluarkan bunyi amaran 'lebih muatan', bebanan berlebihan akan mengakibatkan lif tidak berfungsi dengan baik," kata kenyataan itu.
Menerusi perkongsian sama, BBP Sungai Buloh memaklumkan telah mengambil inisiatif memberikan taklimat kepada pelajar kolej di situ supaya peka dengan had muatan ditetapkan bagi mengelak insiden sama berulang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 14 2022

Seramai 19 pelajar terperangkap di dalam lif berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat. - Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih muatan, 19 pelajar terperangkap dalam lif
Kejadian dilaporkan pada jam 8.26 malam membabitkan kesemua wanita terdiri daripada pelajar kolej di bangunan itu.