KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin akan ada lebih banyak perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditunaikan kerajaan Persekutuan.
Jelasnya, perkara yang dituntut oleh kerajaan Sarawak dan Sabah di dalam MA63 tidak terlalu banyak malah kekal seperti apa yang terkandung di dalam perjanjian berkenaan.
“Walaupun kita menuntut MA63, ia hanyalah hasrat untuk kita mengembalikan semula apa yang telah tertulis, tidak banyak dan tidak berubah.
“Saya percaya bahawa Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa perkara dan saya yakin esok mungkin ada tambahan dari segi persetujuan,” katanya.
Beliau berucap semasa Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Khamis.
Tambah Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu lagi, kerajaan Sarawak akan sentiasa menyokong agenda yang dilaksanakan Anwar sebagai pemimpin kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Saya menjamin Sarawak berada di belakang kerajaan Persekutuan, saya yakin beliau mempunyai semangat dan telah membantu kita semasa beliau menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dahulu.
“Dengan latar belakang dan ilmu pengetahuan beliau, bukan sahaja untuk Sarawak juga kepada Sabah, kita boleh membentu satu semangat berpasukan demi warga Malaysia,” ujarnya lanjut.
Pada Jumaat, Anwar dijadualkan untuk menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di Bilik Majlis Raja-Raja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh kepimpinan daripada Sarawak dan Sabah terutama Abang Johari, dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Jan 19 2023
Abang Johari berkata, perkara yang dituntut oleh kerajaan Sarawak dan Sabah di dalam MA63 tidak terlalu banyak malah kekal seperti apa yang terkandung di dalam perjanjian berkenaan. - Gambar fail
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Ada tafsiran berbeza dari sudut bidang kuasa - Fadillah
Beberapa tafsiran dari sudut bidang kuasa seperti sempadan dan tanah yang berbeza di peringkat negeri Sabah, Sarawak serta Persekutuan perlu dimuktamadkan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Komitmen Kerajaan MADANI selesaikan MA63
Perjanjian Malaysia (MA63) kini menunjukkan perkembangan positif terutama dalam memenuhi tuntutan asas menerusi perjanjian itu.
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.