KUALA LUMPUR: Seramai 92,257 individu termasuk 287 penjawat awam ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.
"Dalam tempoh itu juga 185 sindiket dadah berjaya ditumpaskan dengan lapan buah makmal dadah haram dibongkar melibatkan tangkapan enam ahli kimia.
"Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah ini, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta telah disita, manakala RM5.3 juta nilai harta telah dilucut hak," katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JSJN malam ini.
Mohd Kamarudin berkata JSJN juga telah merampas 10,016 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah; 1,604 liter cecair pelbagai jenis dadah; 41,431 kg daun ketum; 27,213 liter air ketum dan 20 batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM286 juta.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka untuk menyalurkannya ke Hotline JSJN di talian 012-2087222.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka untuk menyalurkannya ke Hotline JSJN di talian 012-2087222. - Foto PDRM

Kapal MPMS buatan Turkiye bakal perkukuh keselamatan maritim negara
Perolehan kapal bernilai AS$68.8 juta ini mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan dan industri pembinaan kapal.

Kehadiran Duncan bantu pertingkat tahap kecergasan pasukan kebangsaan - Laine
Pemain tengah Harimau Malaya Nooa Laine mengakui kehadiran Dr Graig Duncan banyak membantu beliau dan rakan sepasukannya meningkatkan tahap kecergasan mereka menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala
Tahun 2024 rekod jumlah paling tinggi
Tahun 2024 mencatatkan angka kematian tertinggi bagi migran yang terkorban berdasarkan data Agensi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IOM).
UK, Perancis, Jerman tuntut akses bantuan ke Gaza
Menteri luar UK, Perancis dan Jerman gesa gencatan senjata segera di Gaza, kecam korban awam dan desak Israel pulihkan akses kemanusiaan serta siasat serangan ke atas bangunan PBB.

Suspek buruan polis ditemui mati, mayat dikerat 8, disimpan dalam peti sejuk
Polis percaya motif pembunuhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati dan dendam peribadi sepupu mangsa sendiri.
80,000 rakyat Palestin tetap tunai solat jumaat di Masjid Al-Aqsa
Kira-kira 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat sempena Ramadan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur meskipun rejim Israel terus mengenakan sekatan ketat ke atas mereka.
Kempen Malaysia tamat di suku akhir terbuka Swiss
Harapan Malaysia di Terbuka Swiss 2025 berakhir apabila Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas kepada beregu Thailand Dechapol-Supissara dalam aksi suku akhir di Basel.

Lingkaran Tengah Utama belum dibuka untuk Aidilfitri - Nanta
Nanta berkata laluan itu masih lagi dalam peringkat pembinaan dan tarikh jangkaan siap semasa ialah pada 26 Ogos ini.
Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan pentingnya perpaduan untuk kestabilan dan kemajuan negara.
Dalam majlis Sentuhan Kasih Ramadan KPKT, beliau menyeru rakyat Malaysia menjaga keharmonian dan semangat muhibah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dalam majlis Sentuhan Kasih Ramadan KPKT, beliau menyeru rakyat Malaysia menjaga keharmonian dan semangat muhibah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

DAP terus bersatu selepas pemilihan parti, fokus kepada kemenangan PRU16
Kesemua anggota parti akan bekerjasama untuk membawa mandat perwakilan serta memastikan kemenangan Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung.

Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.

Sembilan 'ulat kad SIM' warga asing ditahan di KLIA
Sembilan lelaki warga Bangladesh dipercayai 'ulat kad SIM' ditahan dalam operasi khas di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bekas pengarah agensi kerajaan Sabah ditahan bantu siasatan rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas pengarah agensi kerajaan di negeri ini, semalam, berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM110,000.

Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.

Presiden Korea Selatan ditahan atas tuduhan hasutan
Yoon menyatakan bahawa dia menyerahkan diri untuk disoal siasat bagi mengelakkan sebarang keganasan.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Yoon Suk Yeol hadapi cubaan baharu ditahan
Seorang penyiasat utama berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi memecahkan halangan keselamatan dan menangkap pemimpin itu.