Bagi tempoh 2000 hingga 2013, terdapat sebanyak 838,510 saman tertunggak belum dijelaskan oleh pemandu warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya di negara ini.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata kebanyakan saman tertunggak itu membabitkan pemandu warga Singapura.
"Jumlah tertunggak bagi pemandu warga Singapura adalah 313,661 iaitu 37.4 peratus diikuti Brunei (48,179), Thailand (17,654), Indonesia (2,614) dan lain-lain (456,402)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Beliau berkata bagi mengesan kesemua pesalah trafik yang gagal membayar saman ini, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menjalankan kerjasama dengan Jabatan Imigresen serta mengadakan sekatan di pintu-pintu masuk negara untuk menjejaki individu berkenaan bagi menyelesaikan saman tertunggak.
"Polis meminta agar pemandu warga asing tidak kira dari Singapura, Brunei mahupun Thailand, yang ingin masuk semula ke negara Malaysia supaya segera menyelesaikan saman terbabit sebelum dikenakan tindakan lanjut. Tolong hormati undang-undang kita.
"Pemandu warga asing juga boleh membayar saman tertunggak melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my dengan menggunakan kad kredit," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad berkata bagi tempoh 2011 sehingga Nov lepas, sebanyak 42,864 saman dikeluarkan bagi kesalahan memotong atau menggunakan lorong kecemasan.
"Sepanjang Ops Selamat 5 yang lepas juga, sejumlah 2,529 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya seluruh negara atas kesalahan memotong Q dan memotong garisan berkembar," katanya.
Katanya, dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas, pihaknya menerima 55 unit kamera 'trucam' yang diedarkan kepada semua kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zon Peronda Lebuh Raya.
Mohd Fuad turut menyampaikan sijil kepujian kepada dua anggotanya, Lans Koperal Mohd Syazwan Zulkapli dan Lans Koperal Mohd Farid Amran kerana memberi contoh terbaik dalam usaha memerangi jenayah rasuah.
"Kedua-dua mereka menangkap pemandu yang cuba memberi rasuah sebanyak RM800 beberapa bulan yang lepas dan pemandu tersebut dihadapkan ke Mahkamah Taiping pada 2 Dis lalu.
"Cawangan trafik kini sedang memerangi jenayah rasuah di semua peringkat pegawai atau anggota dan pegawai awam cawangan trafik. Sesiapa cuba menyogok rasuah akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Mohd Fuad berkata ia selaras dengan usaha dan komitmen pucuk pimpinan PDRM dalam memerangi rasuah melalui Kempen Tolak Rasuah yang dilancarkan pada 24 Julai lepas.
"Aduan integriti boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol iSPAA, 1800-880-222 atau hadir mana-mana balai polis berdekatan dan aduan perlu mengandungi maklumat mencukupi untuk menjalankan siasatan," katanya.
Bernama
Wed Dec 10 2014

Mohd Fuad berkata bagi tempoh 2011 sehingga Nov lepas, sebanyak 42,864 saman dikeluarkan bagi kesalahan memotong atau menggunakan lorong kecemasan.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

AES dijangka dimulakan semula September depan
Pasukan Trafik Bukit Aman bagaimanapun berkata, pemasangan AES masih di peringkat perbincangan dengan agensi-agensi terlibat.

Dua pemandu Myvi terlibat dalam nahas DUKE ke mahkamah esok
Dua pemandu Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE pada Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok.

Lebih 830,000 saman belum dijelaskan pemandu warga asing
Bagi tempoh 2000 hingga 2013, terdapat sebanyak 838,510 saman tertunggak belum dijelaskan oleh pemandu warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya di negara ini.

Sebanyak 139 kematian direkodkan dalam tempoh lapan Hari Op Selamat 5
Sebanyak 127 kemalangan maut yang mengorbankan 139 orang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 5/2014 dilancarkan pada 21 Julai lepas.