KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,054 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Sabah, setakat 8 pagi ini.
Selain itu, hampir 1,500 penduduk di pesisir pantai di Sabah terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS setakat ini, berikutan fenomena air pasang besar.
Di KELANTAN, sebanyak 5,411 orang daripada 1,787 keluarga masih berada di PPS pagi ini berbanding 5,585 orang daripada 1,835 keluarga malam tadi.
Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Kapten (PA) Mohd Hanif Omar memaklumkan kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 18 PPS melibatkan Jajahan Pasir Mas dan Tumpat.
"Seramai 4,229 orang daripada 1,399 keluarga ditempatkan di 12 PPS di Pasir Mas manakala 1,182 orang daripada 388 keluarga berada di enam PPS di Tumpat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di TERENGGANU, situasi banjir pagi ini semakin baik dengan jumlah mangsa yang masih berada di PPS telah berkurangan kepada 1,438 orang berbanding 1,628 orang, malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat ini, 12 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu di Kuala Nerus yang menempatkan 1,090 mangsa; Besut (183); Kuala Terengganu (89) dan Marang (76).
Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa banjir di negeri berkenaan setakat 8 pagi ini sama seperti malam tadi dengan 62 orang daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Daerah Hilir Perak.
Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 143 orang daripada 58 keluarga pagi ini, dengan 62 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan manakala selebihnya berada di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Sementara itu, jumlah penduduk di pesisir pantai negeri berkenaan terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS akibat fenomena air pasang besar meningkat kepada 1,483 orang daripada 308 keluarga pagi ini berbanding 1,288 orang daripada 267 keluarga malam tadi.
Seramai 684 orang daripada 122 keluarga dipindahkan di sebuah PPS di Sandakan, 54 orang daripada 15 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu manakala 745 orang daripada 171 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Beberapa sukarelawan bekerjasama membersihkan rumah mangsa banjir ketika tinjauan di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu, 25 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Dalam tempoh hanya seminggu, serangan udara dan darat Israel di Lubnan memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Arahan NADMA No.1 jadi panduan utama pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 89 orang
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah di daerah Kota Setar.