BANGI: Usaha yang digerakkan telah meningkatkan pendaftaran orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan vaksin COVID-19 apabila seramai 306,740 OKU direkodkan telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera setakat Ahad lepas berbanding 280,904 yang mendaftar hingga 20 Jun.
"Kita akan gerakkan sukarelawan untuk membantu proses pendaftaran sama ada mereka berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) (atau tidak) bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir daripada proses vaksinasi," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Bercakap kepada media selepas meninjau proses pemberian vaksin di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di sini hari ini, termasuk melibatkan 26 pelajar OKU, Rina berkata sehingga kini lebih 105,000 OKU telah menerima suntikan pertama dan lebih 38,000 OKU pula telah lengkap kedua-dua dos.
Mengenai isu kesihatan mental yang kian meruncing kebelakangan ini, Rina berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani isu sosial di negara ini.
Menurutnya, Talian Kasih menerima 526 panggilan yang memerlukan bimbingan kaunseling dalam tempoh enam bulan lepas.
"Selain masalah ekonomi, banyak yang memerlukan kaunseling kerana terjejas pendapatan, kehilangan pekerjaan dan orang tersayang kerana COVID-19 malah ada yang bekerja dari rumah menghadapi tekanan kerana tidak boleh keluar rumah," katanya.
Beliau berkata, KPWKM akan bekerjasama dengan 300 kaunselor berdaftar untuk bersama-sama menangani isu berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) beramah mesra bersama para penerima vaksin semasa melawat ke Pusat Latihan dan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi hari ini. - Bernama
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.
AWANI Ringkas: Larangan termasuk pelajar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Jumlah dana iklim dtetapkan sebanyak 300 bilion dolar A.S
Sebanyak 300 bilion dolar Amerika setahun ditetapkan sebagai dana iklim bagi membantu negara miskin tangani kesan perubahan iklim.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Perkara itu diputuskan negara-negara yang menghadiri sidang kemuncak COP29 di Baku, Azerbaijan pada Ahad.
Pelajar antara tujuh maut, 33 cedera
Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 33 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di utara Peru.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
Filipina tingkat protokol keselamatan ke atas presiden
Agensi keselamatan Filipina mempertingkatkan protokol keselamatan ke atas Presiden Ferdinand Marcos Jr. selepas Naib Presiden, Sara Duterte dengan secara terbuka mengugut dan mengarahkan Presiden itu dibunuh jika beliau sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Lapan ditahan, tawar khidmat seks RM60
Polis menahan lapan individu termasuk enam wanita warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Jalan Pudu, ibu negara.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar.
Program sehari dekatkan aksesibiliti maklumat, perkhidmatan PNM kepada komuniti OKU
Program itu antara usaha PNM sebagai entiti yang diberi kuasa untuk memperkasa dan mempromosikan aktiviti bagi golongan OKU penglihatan.
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.