HULU LANGAT : Lebih 30,000 isi rumah di Selangor layak mendapat bantuan pasca banjir setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau memaklumkan, bantuan itu juga termasuk kepada mereka yang tidak tinggal di Pusat Pemindaan Sementara (PPS).
"Saya menganggarkan lebih 30,000 keluarga, namun demikian saya masih mengumpul data dari rumah ke rumah termasuk mereka yang tidak berpindah.
"Di PPS sahaja setakat ini masih ada 11,194 keluarga dan data ini akan kita kongsi dengan Unit Pembangunan Persekutuan supaya mereka juga boleh menyumbangkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS Sungai Serai, di sini pada Rabu.
Turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad
Baru-baru ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir dipermudahkan dan disegerakan.
Menurut beliau, kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM34 juta untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir setakat Isnin.
Dalam pada itu, ditanya mengenai bantuan kepada peniaga dan petani yang turut terjejas dalam banjir, Amirudin memberitahu, beliau akan membawa isu tersebut untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Khas pada Jumaat ini.
Beliau menjelaskan, fasa pertama yang melibatkan peruntukan 2021 akan digunakan untuk disalurkan kepada isi rumah.
"Kita selesaikan bantuan kepada isu rumah terlebih dahulu dengan peruntukan 2021. Selepas ini kita tengok kepada petani dan peniaga yang juga terkesan.
"Sebenarnya Mesyuarat EXCO sudah tiada, namun kita buat mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan isu ini (petani dan peniaga)," ujarnya lagi.
Sementara itu, berhubung isu pembersihan pasca banjir di sekitar Hulu Langat, Amirudin menjelaskan ia akan mengambil masa kira-kira dua minggu lagi.
Beliau menjelaskan, pembersihkan di kawasan itu susah akibat keadaan lumpur kering dan selut yang tebal.
"Di daerah Hulu Langat ini, kita sebenarnya berdepan dengan situasi yang berbeza dengan keadaan selut dan kawasan liputan yang besar. Jadi kita menyasarkan dua minggu, selepas dua minggu kita tengok bagaimana perkembangannya," katanya lagi.
Menurutnya, kerajaan Persekutuan juga sama-sama membantu dalam proses pembersihan dengan menyediakan lori dan jentera untuk mengeluarkan longgokan sampah.
Umavathi Ramayah
Wed Dec 29 2021

Amirudin Shari memaklumkan, bantuan itu juga termasuk kepada mereka yang tidak tinggal di PPS. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mangsa banjir di Pahang dan Negeri Sembilan meningkat malam ini
Di Pahang, mangsa banjir di daerah Bentong bertambah kepada 121 orang daripada 33 keluarga.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.

Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga, berbanding 989 orang daripada 308 keluarga pada 4 petang tadi.