KUANTAN: Sebanyak 2,200 penguat kuasa dan hampir 1,000 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan digerakkan setiap hari di seluruh negara untuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan semasa musim perayaan Aidilfitri ini.
Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata pemantauan itu tidak hanya melibatkan 22 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) yang bermula hari ini hingga 19 April, tetapi juga turut meliputi barangan lain di seluruh negara.
"Kita pantau semua ... setiap hari kita melakukan pemantauan kira-kira 40 barangan di lebih 1,000 premis di seluruh negara. Ada empat kategori pemantauan iaitu satu di pasar raya, satu (lagi) di kedai runcit, pasar basah dan pasar awam serta pasar mini.
"Setiap hari, akan ada laporan dan data seluruh negara itu akan dimasukkan ke dalam (aplikasi) PriceCatcher. Jadi, kita akan memastikan bekalan itu bukan sahaja mencukupi tetapi juga harga barangan keperluan dikawal," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikan selepas mengadakan lawatan bersempena dengan pelaksanaan hari pertama SHMMP Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di pasar raya LYC Sdn Bhd (Kemunting) hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan skim SHMMP itu penting bagi melindungi pembeli daripada ditindas peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan memandangkan permintaan yang tinggi untuk meraikan Aidilfitri.
"Dalam pasaran ekonomi terbuka, penawaran berpandukan kepada permintaan dan apabila permintaan itu tinggi, kita bimbang ada peniaga yang mengambil kesempatan dan kerana itu, penting skim berkenaan dilaksanakan supaya peniaga mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.
Skim berkenaan yang akan dilaksanakan selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan akan mengawal barangan termasuk daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, daging lembu import, daging kerbau import, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol dan ikan demuduk.
Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering kerinting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.
"Kita harap pada tahun ini, peniaga mematuhi harga yang ditetapkan dan juga meletakkan tanda harga warna merah jambu. Label merah jambu merupakan barangan yang dikawal harganya menerusi skim berkenaan," katanya.
Menerusi skim tersebut, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan penggunaan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal adalah untuk membezakan dengan barangan lain.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024

Fuziah berkata pemantauan itu tidak hanya melibatkan 22 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) yang bermula hari ini hingga 19 April, tetapi juga turut meliputi barangan lain di seluruh negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.