MELAKA: Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri Melaka di sini pada Sabtu.
Sambutan yang berlangsung di Dataran Bandaraya MBMB Ayer Keroh itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Suhaimi Sulaiman dan barisan kepimpinan negeri serta pihak berkuasa tempatan.
Ab Rauf dalam ucapannya berkata Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dan solidariti dalam hati setiap rakyat Malaysia bagi mendepani apa jua cabaran.
Justeru, katanya pelbagai aktiviti dirangka dan disusun sepanjang bulan kemerdekaan ini dengan kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme.
"Antaranya pertandingan Sketsa Rukun Negara melibatkan pelajar sekolah menengah yang menganggotai Kelab Malaysiaku, sementara Anugerah Semarak Gemilang pula sebagai penghargaan kepada rakyat yang bersungguh-sungguh menceriakan bangunan atau kediaman dengan kibaran Jalur Gemilang," katanya.
Menurutnya penilaian akan dilakukan oleh Sekretariat Jabatan Penerangan dengan individu dan organisasi terpilih bakal menerima hadiah RM3,000.
Pelancaran malam Sabtu itu turut dimeriahkan dengan Konsert Gegau Melaka-Perpaduan Cintakan Negara melibatkan persembahan beberapa artis tanah air seperti Ramlah Ram, Marsha, Santesh dan Datuk Nash, selain dondang sayang dan deklamasi sajak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Sambutan yang berlangsung di Dataran Bandaraya MBMB Ayer Keroh itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Keciciran pelajar sekolah menengah di Terengganu membimbangkan - Exco
Terengganu merekodkan seramai 581 pelajar yang tercicir di peringkat sekolah menengah pada 2023.

Tiga pelajar sekolah menengah temui kulat karang jarang jumpa di Sabah
Tiga pelajar sekolah menengah membuat penemuan penting dalam kajian kulat apabila menemukan Phaeoclavulina cokeri iaitu sejenis kulat karang jarang jumpa di Bukit Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI sedia dikembangkan ke seluruh negara - AKM
Modul ini bertujuan meningkatkan patriotisme dan pengetahuan mengenai negara dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat.

Lebih 2,000 meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Melaka
Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri Melaka di sini pada malam Sabtu.

Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Pelajar sekolah menengah hadir secara bersemuka mulai 4 April
Bermula pada 21 Mac, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu.

Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan
Remaja itu yang merupakan adik kepada pengadu mengaku dia adalah ibu yang melahirkan bayi yang ditemui.

177 pelajar sekolah menengah di Johor positif dadah - Exco
Sebanyak 177 pelajar sekolah menengah di Johor dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jual air ketum kepada pelajar sekolah, seorang buruh ditahan
Seorang buruh yang didakwa menjual air ketum kepada tiga pelajar perempuan sebuah sekolah di Bachok yang tular di laman sosial, ditahan pagi tadi.