SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini bahawa lebih 15,000 peminjam atau 22 peratus daripada keseluruhan peminjam program Hijrah Selangor tidak membayar pinjaman dengan nilai tunggakan mencecah RM135 juta.
Exco Beliau, Sukan dan Keusahawanan negeri Najwan Halimi berkata, program itu telah menyalurkan pinjaman kepada seramai 58,885 orang dengan pembiayaan dikeluarkan berjumlah RM780 juta.
"Setakat ini, 78 peratus telah membayar balik pinjaman dan bakinya 22 peratus peminjam masih berdegil," katanya menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Sijangkang) yang ingin mengetahui status terkini program Hijrah Selangor dan jumlah peminjam serta hutang tertunggak mengikut daerah.
Najwan berkata setakat 30 September lepas, Petaling merekodkan jumlah tunggakan tertinggi iaitu RM37.8 juta diikuti Hulu Langat (RM25.7 juta) dan Gombak (RM18.2 juta).
Beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk mengkaji semula beberapa sudut pembayaran dan mengenal pasti kelompongan dari segi kutipan.
Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata, kerajaan Selangor memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memasang 790 lampu jalan solar diod pemancar cahaya (LED) di seluruh negeri sejak tahun lepas.
"Kriteria pemilihan lokasi bagi pemasangan lampu solar tersebut adalah seperti tiada punca bekalan kuasa dan kawasan vandalisme atau tinggi kadar kecurian.
"Pemasangan juga tertumpu kepada lokasi yang kerap berlaku kemalangan, simpang terpencil, jambatan dan luar kawasan rintis Tenaga Nasional Bhd," katanya menjawab soalan Mariam Abdullah Rashid (PH-Meru).
Menjawab soalan tambahan Sallehen Mukhyi (PN-Sabak) mengenai masalah ketiadaan lampu jalan, Izham menjelaskan kecurian kabel menjadi punca utama banyak lampu tidak bernyala.
"Jenayah curi itu berlaku di semua tempat dengan pemasangan kabel tersebut mengambil tempoh masa yang lama. Masalah lampu jalan adalah menggunakan kabel, apabila kabel dicuri sebab itu banyak tiang namun lampu tiada.
"Sebenarnya setiap jalan sudah ada lampu kerana ini termasuk dalam aspek pembinaan jalan raya. Jadi, hendak tampung lampu-lampu ini kita laksanakan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Najwan Halimi berkata, program itu telah menyalurkan pinjaman kepada seramai 58,885 orang dengan pembiayaan dikeluarkan berjumlah RM780 juta. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Belanjawan 2023: Kerajaan diminta permudahkan permohonan pinjaman peniagaan
Prosedur dan dokumen yang diperlukan Hijrah Selangor tidak banyak dan ia memudahkan peniaga membuat permohonan pinjaman perniagaan.

E-Kitchen Selangor: Tempah juadah berbuka awal, elak pembaziran - MB Selangor
Bagi penjaja dan peniaga yang ingin menyertai program e-Kitchen itu, Amirudin berkata, mereka boleh mendaftar di portal Hijrah Selangor.

Peniaga Uptown Shah Alam terjejas kebakaran akan diberi sumbangan
Peniaga di bazar 'Uptown' Shah Alam yang terkesan dalam kejadian kebakaran awal pagi Isnin akan menerima sumbangan ihsan daripada kerajaan Selangor.