SINGAPURA:Lebih 113,000 individu di Singapura menerima dos pertama vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech manakala lebih 50 individu menerima dos kedua mereka yang sekali gus menyempurnakan regimen penuh vaksinasi, setakat 27 Jan lepas.
Antara lebih 113,000 individu yang menerima vaksin itu, 432 kesan sampingan telah dilaporkan termasuk tiga kes anafilaksis yang merupakan permulaan reaksi alergi yang teruk.
"Anafilaksis adalah kesan sampingan yang diketahui namun jarang berlaku terhadap vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech," menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Kementerian Kesihatan republik (MOH) itu, Profesor Madya Kenneth Mak dalam kenyataan pada Khamis.
Seperti vaksin lain, Mak berkata akan terdapat sebilangan kecil individu yang mudah mengalami reaksi alergi yang teruk semasa vaksinasi.
"Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti saringan pravaksinasi dan pemerhatian pasca-vaksinasi bagi memastikan bahawa program vaksinasi kami dapat dilaksanakan dengan selamat.
"Kesemua tiga kes anafilaksis telah menerima rawatan segera dan berada dalam keadaan baik," katanya.
Menurut kenyataan itu, individu terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, mengalami pelbagai gejala seperti ruam, sesak nafas, bibir bengkak, sakit tekak dan pening.
Ketiga-tiga individu mempunyai sejarah alergi termasuk rinitis alergi dan alergi makanan seperti kerang-kerangan namun tidak mempunyai sejarah anafilaksis yang akan mengecualikan mereka daripada menerima vaksin itu, katanya.
Sementara itu, kebanyakan yang lain melaporkan gejala biasa seperti bengkak serta kesakitan di tempat suntikan, demam, sakit kepala, keletihan, sakit badan, pening, rasa mual dan reaksi alergi iaitu gatal, ruam bengkak mata atau bibir.
Meskipun menjangkakan terdapat keperluan seperti ini, MOH berkata pihaknya akan memperkenalkan satu program bantuan kewangan kecederaan vaksin bagi vaksinasi COVID-19 (VIFAP) bagi menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas sekiranya berlaku kesan sampingan yang dinilai mempunyai kaitan dengan vaksin COVID-19 yang diberikan di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 28 2021
Sejumlah 432 kesan sampingan telah dilaporkan termasuk tiga kes anafilaksis yang merupakan permulaan reaksi alergi yang teruk. -Gambar hiasan/AP
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Renang Piala Dunia: Dua rekod kebangsaan diperbaharui
Saingan yang berlangsung bermula semalam menyaksikan dua rekod kebangsaan jarak pendek telah diperbaharui.
MPA Singapura siasat insiden tumpahan minyak di Changi semasa bunkering
Operasi itu dihentikan serta-merta selepas insiden berlaku pada 5.40 petang, manakala siasatan terperinci sedang dijalankan.
'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.
TMB100 2024: Baling cemerlang sebagai destinasi ekopelancongan antarabangsa
Acara The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 melabuhkan tirainya dengan gemilang, sekali lagi mengukuhkan Baling sebagai destinasi ekopelancongan unggul di Malaysia.
Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.
Lelaki mati ditikam di Singapura
Mangsa berusia 41 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah blok perumahan dan dibawa ke hospital.
Lelaki buruan dihantar pulang ke Taiwan selepas dihalang masuk Singapura
Salvador Alejandro Llinas Onate, dihalang memasuki Singapura atas alasan dia dikehendaki oleh Interpol.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.