Lebih 10,000 pengunjung membanjiri kawasan sekitar Jalan P. Ramlee di sini malam Sabtu untuk menyaksikan acara Citrawarna Kuala Lumpur 2014 iaitu perarakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan pelbagai etnik di negara ini.
Perarakan itu merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi mempromosi Malaysia melalui pertunjukan produk-produk pelancongan, kebudayaan dan kesenian menerusi tarian, pakaian dan nyanyian rakyat.
Ia melibatkan lebih daripada 600 peserta dan 14 organisasi yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, komuniti setempat, pihak swasta dan persatuan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Kuala Lumpur, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor, dan Kumpulan Orang Asli Mahmeri.
Antara persembahan ialah tarian pelbagai kaum dan etnik, persembahan Artis Jalanan, peragaan busana tradisional dan persembahan nyanyian artis tempatan seperti Atilia dan Datuk M. Daud Kilau.
Perarakan tersebut yang bermula pada pukul 8.30 malam melalui Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang (pintu belakang) ke Jalan Lam Yew Swee, Jalan P. Ramlee dan seterusnya ke Jalan Ampang dan Matic (pintu hadapan).
Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Rashidi Hasbullah.
Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz.
Bernama
Sun May 25 2014

Lebih 10,000 pengunjung membanjiri kawasan sekitar Jalan P. Ramlee
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Citrawarna Keluarga Malaysia diteruskan dengan SOP lebih ketat - Nancy
SOP untuk pelaksanaan program tersebut telah diteliti semula dan akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selasa ini.

Sarawak jadi tuan rumah Citrawarna Disember tahun ini - Nancy Shukri
Sarawak bakal menjadi tuan rumah program Citrawarna Keluarga Malaysia yang dijangka diadakan pada pertengahan Disember tahun ini.

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan Citrawarna Kuala Lumpur 2014
Perarakan itu merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi mempromosi Malaysia melalui pertunjukan produk-produk pelancongan, kebudayaan dan kesenian

Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2013, program promosi pelancongan tahunan yang menampilkan kebudayaan rakyat Malaysia.