HANOI: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam mulai esok sebagai amat signifikan kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Beliau berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Vietnam sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas.
Zambry berkata lawatan itu juga adalah atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh kepada Anwar semasa kedua-dua pemimpin menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 pada Mei lepas di Labuan Bajo, Indonesia.
"Lawatan ini adalah sangat signifikan dan bermakna kerana tahun ini adalah ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam yang terjalin sejak 30 Mac 1973.
"Lawatan ini juga adalah pengiktirafan kepada kerjasama dan hubungan mesra antara Malaysia dan Vietnam sejak lima dekad lalu," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini sempena lawatan itu.
Zambry berkata semasa lawatan itu juga, terdapat beberapa pertemuan penting antara Anwar dengan kepimpinan utama Vietnam termasuk Presiden Vo Van Thuong, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Ngunyen Phu Trong dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam Vong Dinh Hue.
Beliau berkata pemimpin terbabit merupakan individu yang amat berpengaruh dalam struktur kepimpinan Vietnam.
"Kali ini Yang Amat Berhormat diberi peluang untuk bertemu dengan seluruh strata kepimpinan di Vietnam ini. Ini adalah satu pengiktirafan kepada Yang Amat Berhormat," katanya.
Sempena lawatan itu, Zambry berkata Perdana Menteri dijangka menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dengan Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam (VCCI).
Katanya memorandum itu dijangka mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala Malaysia dan Vietnam serta memberi faedah kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat.
Perdana Menteri serta rakan sejawatnya juga akan menyaksikan majlis menandatangani pengesahan dokumen minit hasil Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Antara Malaysia dan Vietnam (JCM-7) yang dipengerusikan bersama oleh Zambry dan Menteri Hal Ehwal Luar Vietnam Bui Thanh Son.
Zambry berkata suruhanjaya itu, yang merupakan antara mekanisme dua hala yang utama bertujuan membincangkan isu berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar, telah diwujudkan sejak 1992 susulan pemeteraian Perjanjian Ekonomi, Saintifik dan Teknikal antara Malaysia dengan Vietnam.
Beliau berkata Anwar juga dijadual menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam Hanoi di Masjid Al Noor, satu-satunya masjid di bandaraya itu, serta berinteraksi dengan imam dan ahli jawatankuasanya.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai.
Vietnam merupakan rakan dagang Malaysia ke-12 terbesar di dunia dan destinasi eksport ke-10 terbesar pada 2022 manakala Malaysia pula adalah rakan dagang ke-9 terbesar republik sosialis itu.
Malaysia dan Vietnam merekodkan nilai dagangan sebanyak US$19.33 bilion pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Zambry berkata lawatan itu juga adalah atas jemputan Pham Minh Chinh kepada Anwar semasa kedua-dua pemimpin menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 pada Mei lepas di Labuan Bajo, Indonesia. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lawatan rasmi PM ke Vietnam mulai esok amat signifikan - Zambry
Zambry berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Vietnam sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas.

Sidang Kemuncak ke-42 perkukuh ASEAN jadi kuasa pusat ke arah keamanan, pertumbuhan - Jokowi
Menurut Jokowi, pertemuan dan perbincangan dalam kalangan pemimpin itu berlangsung dalam "suasana akrab, mesra, dan menyenangkan".

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: PM Anwar gembira dengan kemajuan ketara BIMP-EAGA
Beliau berkata negara anggota memuji komitmen teguh pemain utama pelancongan BIMP-EAGA dalam menggiatkan semula industri melalui penyelesaian inovatif.

Pertemuan dua hala bincang pelbagai isu libatkan Malaysia, negara ASEAN
Perdana Menteri melakukan empat pertemuan dua hala bersama pemimpin ASEAN semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo.

Malaysia kecewa kurang kemajuan ASEAN tangani krisis di Myanmar - PM Anwar
Malaysia berasa kecewa kerana masih terdapat kekurangan kemajuan yang bermakna dan sebenar terhadap 5PC, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: Anwar usul penubuhan Dana Kewangan Asia
Gangguan dan kelembapan ekonomi memerlukan ASEAN memanfaatkan kekuatannya dan menggalakkan daya tahan supaya dapat menjana pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Alunan lagu tradisi, tarian lemah-gemalai serikan Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo
Mereka bukan hanya mengangkat tradisi, malah memelihara alam sekitar sebaiknya kerana jika tiada lagi alam, sudah pasti tradisi pun tiada.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: Anwar, Jokowi bincang lima agenda dalam pertemuan dua hala
Pertemuan empat mata itu berlangsung sehari sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Mei 2023 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: Perdana Menteri, isteri tiba di Labuan Bajo
Pesawat membawa beliau tiba pada jam 3.45 petang dan kehadiran pemimpin Malaysia itu disambut Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.

Isu sesebuah negara tidak boleh terus hambat pembangunan ASEAN - Zambry
Isu-isu melibatkan negara berkaitan seharusnya tidak menjadi penghalang untuk ASEAN terus berkembang mencapai potensinya pada masa depan.