JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Ahad mengucapkan terima kasih kepada pemimpin serantau atas kehadiran mereka pada sidang kemuncak minggu lepas, sambil menegaskan bahawa mesyuarat itu telah mengukuhkan ASEAN untuk menjadi kuasa pusat dalam membawa keamanan dan pertumbuhan.
Menurut presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu, pertemuan dan perbincangan dalam kalangan pemimpin itu berlangsung dalam "suasana akrab, mesra, dan menyenangkan".
"Dalam ikatan yang kukuh sebagai keluarga serantau, saya percaya ASEAN akan dapat menjadi pemain utama dalam membawa keamanan dan pertumbuhan yang mempunyai aset kukuh sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berkembang jauh melebihi purata global, bonus demografi selain kestabilan rantau ini," tulis beliau di Instagram.
Jokowi menegaskan bahawa pemimpin ASEAN berkumpul untuk membincangkan pelbagai cabaran serantau di hadapan, di tengah-tengah situasi ekonomi global yang belum pulih sepenuhnya, persaingan global yang lebih sengit dan dinamik global yang semakin tidak menentu.
"Terima kasih pemimpin ASEAN atas kehadiran di Labuan Bajo. Mari kita bekerja keras untuk menjadikan ASEAN Matters: Epicentrum of Growth," katanya.
Lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN menghadiri sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput dan Thailand yang menghadapi pilihan raya.
Pada akhir sidang kemuncak yang produktif, para pemimpin mengulangi keperluan untuk dialog dan menamatkan keganasan di Myanmar, mengesahkan komitmen mereka untuk melindungi pekerja migran dan mangsa pemerdagangan manusia selain mengukuhkan kerjasama ekonomi untuk penduduk ASEAN yang berjumlah kira-kira 668 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama kali mengambil bahagian pada Sidang Kemuncak Pemimpin, berkata sidang kemuncak itu amat bermakna kerana negara anggota telah memperkukuh kerjasama serantau.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang berlangsung di Labuan Bajo, Manggarai Barat, wilayah Nusa Tenggara Timur, adalah yang pertama daripada dua Sidang Kemuncak ASEAN yang akan dilaksanakan oleh Indonesia selaku pengerusi ASEAN pada 2023.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 akan berlangsung di Jakarta pada September dengan Pemimpin ASEAN dan rakan kongsi luar ASEAN akan membincangkan pembangunan dan pengukuhan kerjasama ASEAN dengan rakan luarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Joko Widodo bercakap pada sidang media ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, 11 Mei 2023. - REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.

Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Jokowi telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur pada Jan 2025, kata Menteri Sistem Negara dan Reformasi Birokrasi.

Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).

Jokowi kenang tempoh jadi presiden selama sedekad dalam ucapan terakhir negara
Dalam ucapan terakhir Presiden Joko Widodo pada Jumaat, menandakan ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia, beliau mengenang kembali tempoh kepimpinannya selama sedekad.

Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.

Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Penyanyi Anang dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia semasa perlawanan ke atas Filipina.

Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.

Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.

Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.

Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.