PUTRAJAYA: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jepun memberi impak positif dan suntikan baharu kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata lawatan kerja Perdana Menteri itu merupakan langkah proaktif bagi menggiatkan sektor ekonomi di Malaysia, seterusnya mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Jepun.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dengan usaha tersebut yang memberikan impak positif dan suntikan baharu kepada sektor PKS di Malaysia agar terus berkembang pesat terutamanya selepas pandemik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ismail Sabri mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari sejak Isnin lepas dan bertemu rakan sejawatnya Fumio Kishida serta eksekutif tertinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari 23 syarikat terkemuka Jepun.
Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri telah menyertai sesi ramah mesra dan penyerahan dokumen bersama syarikat Jepun dan bertemu pemain industri dari syarikat pelbagai bidang termasuk minyak dan gas, pembuatan serta perkhidmatan bagi mengintai peluang pelaburan.
Noh berkata Ismail Sabri dalam pertemuan bersama Presiden dan CEO Mitsui Fudosan Co. Ltd, Masanobu Komoda turut membincangkan potensi Malaysia sebagai hab penting bagi mengembangkan perniagaan dan pelaburan Mitsui Fudosan.
"Terbaharu, syarikat multinasional tersebut telah bertapak di Bukit Bintang City Centre (BBCC) dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.8 bilion dan projek tersebut melibatkan usaha sama agensi di bawah kementerian, UDA Holdings Berhad.
"Pelaburan tersebut telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta membantu memperkasakan Bangsa Usahawan menerusi penyediaan ruang perniagaan bertaraf antarabangsa di lokasi strategik," katanya.
Menurut Noh, usahawan khususnya PKS harus mengambil peluang untuk memperkasa perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
Noh berkata, lawatan kerja Perdana Menteri itu merupakan langkah proaktif bagi menggiatkan sektor ekonomi di Malaysia. - Gambar fail
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.