KUALA LUMPUR : Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia disifatkan sangat signifikan dan memberi impak yang besar kepada hubungan dua hala kedua-dua negara.
Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia bakal meningkatkan hubungan dagangan dan diplomatik Malaysia-Indonesia.
"Impak itu juga menjurus kepada hubungan Malaysia dan Indonesia sebenarnya harmoni. Tidak ada banyak krisis yang boleh menggugat hubungan dua hala ini walaupun kita ada isu berbangkit seperti tuntutan bertindih, isu budaya dan tenaga kerja Indonesia.
"Isu ini dilihat sebagai isu pinggiran yang mana dilihat hubungan kedua-dua negara agak stabil. Oleh sebab itu, fokus ialah bagaimana nak erat hubungan antara rakyat dan meningkatkan hubungan ekonomi," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Ujarnya lagi, lima isu utama termasuk diskriminasi minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU), pembatasan sempadan darat dan maritim, pengambilan serta perlindungan pekerja migran dari Indonesia, dan kepengerusian ASEAN oleh Indonesia pada 2023 perlu dibincang dan disegerakan antara kedua-dua negara.
"Saya rasa itu ada dalam perbincangan antara Anwar dan Jokowi (Joko Widodo), sebab isu ini telah lama dibincangkan dan dibangkitkan. Saya rasa itu isu paling mendesak untuk mencari penyelesaian khusus," kata beliau.
Sementara itu, cadangan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan Timur, bakal merancakkan lagi dagangan di kawasan Borneo.
Mohd Azizuddin berkata, Malaysia wajar menyokong cadangan itu bagi mendapatkan manfaat daripada pelaburan berkenaan.
"Idea untuk tubuh bandar baharu ini, sebab Jakarta itu agak padat dan tidak mampu lagi berkembang sebagai sebuah ibu kota moden. Selain dekat dengan Malaysia, ia akan merancakkan dagangan di Borneo. Jadi idea itu perlu disambut Malaysia untuk ambil kesempatan pelaburan dan beri pendapatan kepada negara.
"Jadi ada perkara boleh kita sumbang dari kepakaran, dan perbincangan kedua-dua negara ini penting supaya nak lihat apa yang boleh disumbangkan negara bagi mewujudkan bandar baharu di Kalimantan (Nusantara) dan agenda akan dapat dicapai walaupun ia adalah idea Jokowi, sebelum beliau bersara nanti," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Sun Jan 08 2023
Lawatan Anwar ke Indonesia bakal meningkatkan hubungan dagangan dan diplomatik Malaysia-Indonesia. - Gambar/ Bernama
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Fokus Minggu Depan: Asam garam pengorbanan, di sebalik kisah pelarian Myanmar
Fokus Minggu Depan memberi fokus kepada isu pelarian Myanmar di Malaysia menerusi klip pendek Asam Garam Pengorbanan menampilkan Ahmed (pelarian dari Myanmar dan Shahril Hamdan, pengasas bersama podcast Keluar Sekejap).
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).