KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menangani isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan dengan lebih tegas kerana ia jelas mencabul kedaulatan negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Daud Yusuf, berkata isu itu tidak boleh dianggap ringan disebabkan ancaman berkenaan semakin membimbangkan.
Menurutnya, laporan mendedahkan sejak 2021 pesawat pejuang 'Halimunan' China, J-20, dilaporkan berlegar di ruang udara Laut China Timur dan Laut China Selatan untuk melakukan rondaan dan latihan rutin.
"Bagaimanapun, alasan kerajaan China yang kerap kali mengulangi mereka 'sekadar' menjalani latihan ketenteraan dan bertegas tidak merentasi mana-mana sempadan antarabangsa adalah tidak munasabah sama sekali.
"Tidak masuk akal sekiranya ia adalah tindakan tidak terancang setelah pencerobohan maritim berlaku sebanyak 23 kali dalam tempoh 12 bulan lampau.
"Malah, rekod daripada Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 (2018) telah memberi amaran melalui angka pencerobohan sebanyak 89 kali bermula 2016 hingga 2019," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
BACA: TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia
BACA: Masuki ruang udara Zon Maritim Malaysia: 'Hanya latihan penerbangan biasa' - Kedutaan Besar China
Daud turut mempersoalkan adakah Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan (Mindef) menggerakkan sebarang resolusi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.
Beliau mendakwa, siri pencerobohan ruang angkasa dan maritim Borneo serta Pantai Timur Semenanjung yang berlaku selepas pandemik COVID-19 menggambarkan betapa Wisma Putra dan Mindef tidak mempunyai pelan mitigasi dan pemulihan terhadap krisis itu.
"Peristiwa antara tentera udara China dan tentera kita memberi peringatan kepada kita tentang kesiapsiagaan negara kita untuk situasi seumpama ini.
"Apakah tanda kehormatan kepada 'Abang Besar' China membolehkan mereka (Kerajaan China) bertindak sesuka hati?.
"Malaysia tidak bersendirian dalam pertikaian ini. Filipina, Vietnam dan Brunei semuanya telah mempertikaikan secara rasmi dalam konflik Laut China Selatan. Adalah jelas pendirian negara-negara ASEAN terhadap tindakan tidak berintegriti tentera China.
"Tetapi setakat mana suara ini didengari kerajaan China? Adakah cukup cubaan 'memanggil Duta Besar China' didendangkan kepada media tempatan sekadar menjadi ubat tahan sakit tanpa bertemu penawar?," katanya.
Daud yang juga wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, Indonesia juga dikaitkan dengan pertikaian tersebut kerana sempadan maritim China yang berada dalam kawasan 'nine-dashed-lines' merentang ke bahagian utara wilayah Kepulauan Natuna.
Isu itu katanya, bukan sekadar isu dua hala, tapi ia juga multilateral yang melibatkan sistem politik yang kompleks serta mempunyai insentif yang berbeza.
"Banyak yang terpaksa dikorbankan... banyak yang perlu diraih, tetapi malangnya, rakyat Sabah dan Sarawak akan menjadi benteng di barisan hadapan dalam konflik Laut China Selatan sekali gus memberi ancaman kepada rakyat Malaysia.
"Kerajaan harus mengambil sikap lebih tegas bagi menggesa semua pihak terlibat menghentikan pencerobohan mereka dan komited kepada rundingan damai. Tidak cukup dengan hanya bergema sentimen negara lain.
"Malaysia juga harus berpendirian teguh kerana isu geopolitik semasa yang menyelubungi perairan Malaysia kita dengan pencerobohan demi pencerobohan oleh negara besar di timur, kita mungkin berada dalam kedudukan sama seperti Ukraine," tegasnya.
Daud berkata, Malaysia harus bertindak secara kolektif bersama negara-negara ASEAN bagi mencapai resolusi dan persefahaman bersama China bahawa tindakan mereka atas nama 'latihan' atau 'tidak disengajakan' amat mengguris perasaan sebuah negara berdaulat.
Katanya lagi, tidak wajar China menjadikan wilayah Malaysia sebagai proksi pertempuran antara kuasa-kuasa besar dan sepatutnya kumpulan kuasa besar itu harus selesaikan pertikaian mereka tanpa menjadikan Laut China Selatan sebagai tempat menunjukkan kekuatan tentera.
"Tinggalkan rantau perairan Sabah dan Sarawak, rakyat Sabah dan Sarawak, ekonomi Sabah dan Sarawak, sumber Sabah dan Sarawak, untuk masa depan rakyat Sabah dan Sarawak.
"Keutamaan saya adalah keselamatan masyarakat Sabah dan Sarawak secara khusus, pada masa sama untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Kegusaran masyarakat akan terus timbul dan risiko penjejasan ekonomi akan berlaku sekiranya hal ini tidak ditangani segera.
"Ketika kerajaan Sabah dan Sarawak sedang giat membanteras pencerobohan dan keganasan berskala kecil, kerencaman politik antarabangsa bukan satu hal yang sesuai untuk diterima. Krisis pencerobohan ruang udara dan maritim negara perlu segera dinoktahkan," tegasnya.
Astro Awani
Tue May 17 2022

Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) dikesan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia pada Jun 2021. - Gambar fail/ TUDM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Filipina lancar komik perangi kempen maklumat palsu
'The Stories of Teacher Jun' menangkis kempen maklumat salah oleh China yang didakwa bertujuan mempertahankan tuntutan di Laut China Selatan.

Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.

Pertikaian Laut China Selatan: Kod Tatalaku masih di peringkat awal - Mohamad
Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.

GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Laut China Selatan: Malaysia-Thailand sepakat isu ditangani secara aman, konstruktif
Kedua-dua negara mahu supaya isu di Laut China Selatan ditangani secara aman dan konstruktif, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk UNCLOS 1982.

Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.

Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara [KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730809676_ChinaMalaysia.jpg)
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.