KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan kepada semua kerajaan negeri untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan negeri masing-masing selaras dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut di Dewan Negara hari ini.
"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri selepas kita luluskan rang undang-undang ini di Dewan Negara, saya telah memohon dengan Perdana Menteri untuk mengutus surat kepada semua negeri sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat (senator) supaya kita menyeragamkan pindaan di semua negeri.
"(Ini termasuk) negeri yang sudah membuat pindaan atau belum membuat pindaan supaya mengikut jadual yang kita pinda sebagaimana yang kita sebut dalam pindaan perlembagaan supaya tiap-tiap negeri mempunyai penyeragaman bersama dengan apa yang kita lihat di peringkat persekutuan," katanya.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara.
BACA: Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim ketika mengumumkan perkara itu berkata tujuh Ahli Dewan Negara tidak hadir.
Wan Junaidi berkata peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti hanya akan berkuat kuasa di sesebuah negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Raja atau Yang Dipertua Negeri masing-masing.
"Kita memandang pentingnya pihak DUN diberi kebebasan sendiri bersama keputusan yang bakal dibuat oleh Raja yang memerintah, Gabenor atau Yang Dipertua Negeri di negeri tersebut ...selepas ada perundingan dengan Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong barulah kita boleh menyeragamkan perkara tersebut kerana ini juga terkandung dalam pindaan," katanya.
Semasa sesi perbahasan, rata-rata Ahli Dewan Negara menyifatkan rang undang-undang itu dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem Demokrasi Berparlimen negara.
Antaranya Datuk Arman Azha Abu Hanifah, Datuk Razali Idris dan Susan Chemerai Anding.
Arman Azha berkata ketika ini, kepercayaan rakyat terhadap institusi politik dan pemimpin berada di tahap yang rendah kerana tindakan wakil rakyat bertukar parti telah mengganggu kestabilan negara.
"Rang undang-undang ini dapat memberikan keyakinan kepada rakyat dan pengundi kerana rakyat akan bertambah yakin dengan kewujudan sebuah kerajaan yang dilindungi malapetaka akibat Ahli Parlimen yang sering melompat parti.
"Pengundi akan lebih yakin dengan pilihan mereka kerana mereka tahu wakil rakyat yang dipilih tidak akan melompat parti selepas ini... perkara ini amat penting kerana tanpa keyakinan rakyat, mungkin ramai yang tidak mahu mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya.
Senada dengan beliau, Razali menyifatkan rang undang-undang itu dapat menghidupkan semula semangat demokrasi di Malaysia yang selama ini tersasar selain mengangkat politik matang dan berharap ia diwartakan segera sebelum PRU15 bagi memastikan tindakan bertukar parti tidak berulang.
Pandangan itu turut disokong Susan Chemerai yang berkata rang undang-undang tersebut memberi mesej jelas bahawa kebebasan untuk berpersatuan tidak membolehkan mandat rakyat dicampak begitu sahaja.
"Ia juga memberi mesej bahawa mandat rakyat lebih penting dan lebih agung daripada mana-mana kuasa dan percaturan politik. Ia juga memberi mesej yang jelas bahawa mandat rakyat perlu dihormati oleh semua ahli politik terutama wakil rakyat yang dipilih dan tidak boleh dicatur begitu sahaja oleh mereka yang rakus kuasa.
"Saya juga percaya rang undang-undang ini akan memperkukuh dan memberikan lebih makna lagi kepada sistem politik negara kerana ia terhasil daripada usaha dan komitmen pelbagai parti politik daripada pembangkang dan kerajaan serta melalui pelbagai sesi libat urus dan mengambil pandangan badan bukan kerajaan," katanya.
Ismail Sabri ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini berkata Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara dan ia dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas setelah mempertimbang beberapa pandangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Gear pendaratan gagal berfungsi, pesawat Air Canada terbabas, terbakar
Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Amanah Sabah gesa hormat TYT sebagai simbol negeri
Tindakan penyiaran karikatur yang menghina Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bukan sahaja mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap simbol negeri tetapi juga berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah.
Peragut maut rempuh kem PGA Batu Kawa
Seorang lelaki maut gara-gara merempuh pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa sejurus selepas meragut beg tangan wanita sarat mengandung yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.
Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu, selain memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
Bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.
Nahas Jeju Air: Dua kotak hitam pesawat sudah ditemukan
Data penerbangan dan rakaman suara telah diperoleh bagi membolehkan mereka mengenal pasti punca sebenar nahas.
Fokus Minggu Depan: Kemalangan lori: Tingkat kesedaran, perkasa penguatkuasaan
Prof Madya Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia
Tak tarik brek sempurna punca lori mengundur sendiri
Punca kejadian adalah disebabkan pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna dan keadaan jalan yang berbukit.
Institusi keselamatan Syria menindas rakyat akan di rombak - Ketua Perisikan
Ketua Perisikan Umum Syria Anas Hattab pada Sabtu mengumumkan bahawa institusi keselamatan yang dituduh menindas rakyat selama lebih 50 tahun di bawah rejim yang digulingkan akan dirombak sejajar tujuan asalnya.
PM Qatar bertemu delegasi Hamas, runding gencatan senjata
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas di Doha semalam bagi membincangkan perjanjian gencatan senjata yang jelas dan menyeluruh untuk menamatkan perang di Gaza.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.