KUALA LUMPUR: Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini.
Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019.
Berdasarkan laporan bertajuk The Financialization of our Lives: Values and Trade-Offs, pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
Kajian itu menekankan bahawa sebarang kemajuan dalam pertumbuhan gaji dari 1995 hingga 2019 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh pengenalan kadar baharu gaji minimum.
"Sekiranya tiada langkah sedemikian, pasaran buruh gagal menyediakan sebahagian besar tenaga kerja dengan taraf hidup yang bermaruah.
"Pertumbuhan gaji sebenar bagi golongan 50 peratus kebawah adalah kekal kecil, walaupun selepas mengambil kira kesan gaji minimum.
"Ini menggariskan cabaran yang dihadapi oleh sebahagian besar tenaga kerja Malaysia dalam mencapai kestabilan kewangan," memetik laporan itu.
Selain itu, laporan itu mengkaji kesejahteraan isi rumah melalui corak perbelanjaan di mana ia menunjukkan bahawa 70 peratus isi rumah, merangkumi golongan berpendapatan bawah hingga sederhana, telah berbelanja terutamanya untuk keperluan asas dan bukannya barangan yang dimahukan (aspirational goods) sepanjang tujuh tahun yang lalu.
"Isi rumah dalam kumpulan pendapatan 10 peratus terendah (D1) menyaksikan peningkatan bantuan kebajikan sebanyak dua kali iaitu antara 2009-2014 dan 2016-2019.
"Bagaimanapun, peningkatan penggunaan mereka terhad kepada keperluan penting seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah," menurut laporan itu.
Dalam masa sama, laporan itu turut mendedahkan isi rumah berpendapatan sederhana (D3-6) menunjukkan corak penggunaan yang stabil, dengan sedikit kepelbagaian dalam barangan makanan dan perkakas rumah.
Sebaliknya, 30 peratus isi rumah teratas (D7-10) secara konsisten mendapatkan barangan dan perkhidmatan mewah serta berkualiti tinggi, sekali gus menunjukkan kapasiti ekonomi mereka yang semakin baik.
Perbelanjaan mereka (D7-10) untuk makanan berkurangan, manakala pelaburan dalam perumahan, penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi meningkat, mencerminkan gaya hidup yang berorientasikan kepada peningkatan kualiti hidup.
Kajian itu memberi amaran bahawa isi rumah mewah terus memperoleh sebahagian besar kredit, mendapat manfaat daripada keupayaan untuk melabur atau menampung keperluan kewangan jangka pendek pada kos yang rendah.
Sebaliknya, dasar yang memperluaskan hutang kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah mengakibatkan beban hutang yang tidak seimbang, terutamanya apabila hutang tersebut ditanggung untuk mengekalkan taraf hidup asas.
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 16 2024

Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini. - Gambar hiasan Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.