Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pendirian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu memanggil kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1, yang dibentangkan minggu lalu, sebagai langkah proaktif bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.
Kata beliau, langkah itu juga akan membaiki persepsi dan tanggapan sesetengah pihak kononnya ada unsur mahu menutup kelemahan yang disenaraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Sambil menegaskan bukan kesemua isu yang disentuh Ketua Audit Negara sebagai kesalahan berunsur rasuah, Razali berkata, keputusan PAC itu juga akan membantu fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ini kerana jika dahulu Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan setahun sekali, sekarang tiga kali setahun. Saya percaya langkah PAC boleh bantu kita," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, PAC merupakan badan relevan membuat penelitian ke atas agensi-agensi yang didapati melakukan tindakan melanggar prosedur kewangan dan sebagainya sebelum disyorkan kepada SPRM jika perlu.
"Oleh kerana PAC menjalankan siasatan secara terbuka, maka proses ini dapat mengelakkan persepsi bahawa ada usaha mahu menutup kelemahan. Kita mengalu-alukan tindakan PAC," kata beliau lagi.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Forum dan Penyampaian Sijil Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri Keenam di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Seramai 31 CeIO menerima sijil tauliah daripada Razali.
Pada 8 April lalu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil lima kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1.
Nur Jazlan berkata, kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu berhubung isu pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu; Kementerian Kesihatan (pengurusan program pembelian makanan dan peralatan perubatan di hospital) dan Kementerian Pendidikan (pembinaan kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)).
Dua lagi kementerian ialah Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengurusan perolehan peralatan untuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Kementerian Kerja Raya (isu pembinaan Kompleks Mahkamah Kuantan yang baharu, pengurusan pangkalan marin dan pembinaan Politeknik Banting).
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 telah menyentuh 17 audit untuk agensi Kerajaan Persekutuan, enam badan berkanun persekutuan dan 31 kerajaan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan serta majlis agama Islam.
Laporan ini juga telah membuat pengauditan pengurusan syarikat kepada dua syarikat Kerajaan Persekutuan, tiga badan berkanun persekutuan serta 14 syarikat kerajaan negeri, badan berkanun negeri dan sebagainya.
Menurut Nur Jazlan, PAC mendapati bahawa ada beberapa kementerian yang perlu dipanggil memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan dengan lima kementerian tersebut diberi keutamaan.
Mengenai Program CeIO, Razali berkata, rakyat segenap lapisan masyarakat akan membantu inisiatif yang ditawarkan oleh Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Seperti (usaha memerangi) rasuah, integriti juga mempunyai peranan penting bagi mengelak elemen salah guna kuasa dan penyelewengan di organisasi," kata beliau lagi.
Setakat ini lebih 180 pegawai dari agensi kerajaan dan swasta telah mengikuti Program CeIO.
Astro Awani
Tue Apr 15 2014


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.

Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.