KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang ke Tahap 1 (Tier 1), termasuk menambah baik sektor perundangan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia antara tiga perkara digariskan ke arah itu, selain pihaknya akan turut melihat kepada pembinaan keupayaan dan kerjasama antara agensi.
Menyambut baik peningkatan positif Malaysia yang berjaya disenaraikan ke Tahap 2 (Tier 2), selepas hanya menduduki senarai pemerhatian (watchlist) tahun lepas, beliau berkata laporan itu bagaimanapun turut menyatakan beberapa perkara yang masih belum dipatuhi sepenuhnya.
"Komitmen ini diharap dapat menghasilkan inisiatif signifikan berdasarkan teras perundangan, penguatkuasaan, perlindungan dan pencegahan merentasi fungsi pihak berkepentingan yang boleh meningkatkan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Presiden Respa Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin.
Kedudukan terbaharu Malaysia di Tahap 2 (Tier 2) dalam laporan itu diumum di Washington, Amerika Syarikat semalam.
Menggulas lanjut, Saifuddin berkata usaha untuk mencapai kedudukan lebih baik iaitu Tier 1 mempunyai banyak faedah antaranya tidak perlu lagi bimbang dari sudut potensi kekangan eksport.
Terdahulu, Saifuddin mengumumkan pemberian bantuan sejumlah RM60,000 bagi menggerakkan program menyantuni ahli-ahli persatuan Respa.
"Kita mengutamakan kebajikan kesemua ahli sebagai tanda menghargai usaha baik Respa. Apa yang memberi kesan besar adalah ziarah anggota sakit mencakupi semua kaum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Saifuddin berkata pihaknya akan turut melihat kepada pembinaan keupayaan dan kerjasama antara agensi. - Foto Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1
KDN komited untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang ke Tahap 1.