Laporan penuh mengenai "damage control" yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.
"Kita nak tengok hasil tindakan yang diambil oleh kerajaan; kedua-duanya - berhubung hutang yang besar yang perlu kita tanggung, dan juga penstrukturan semula pentadbiran kerajaan.
"Laporan itu akan disediakan oleh kami (kerajaan) dan akan dikeluarkan tahun depan," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sini malam tadi.
Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan presiden persatuan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed.
Terdahulu, Dr Mahathir melancarkan Yayasan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Sementara itu, perdana menteri mengulangi jaminan bahawa Malaysia akan muncul semula sebagai Harimau Asia, di bawah kerajaan PH.
"Kami sedang muncul kembali, dengan syarat kita bekerja keras, jujur dan tidak dipengaruh oleh rasuah dan kita tidak mencuri wang, maka saya yakin kita sekali lagi akan muncul sebagai Asian Tiger," kata beliau.
BACA: Pegawai kerajaan perlu berani kata 'tidak' - PM
Dr Mahathir juga memuji kakitangan awam kerana kegemilangan Malaysia semasa penggal pertama pentadirannya, dengan menyatakan bahawa kerjasama mereka yang tidak berbelah bahagi dengan pentadibaran ketika itu membantu negara mencapai kejayaan.
"Saya bersyukur dalam tempoh 22 tahun itu, saya tidak hadapi masalah. Sebarang keputusan saya buat, saya yakin akan dilaksanakan oleh kakitangan awam.
"Kerjasama mantap daripada PTD sebagai jentera kerajaan itulah yang menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asian Tiger," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 25 2018

Dr Mahathir menyempurnakan perasmian Majlis Makan Malam Dwi Tahunan Alumni PTD 2018, 25 Nov, 2018. Turut kelihatan, Sallehuddin (dua, kanan) --fotoBERNAMA

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

'Ada yang tidak suka PH, kerana kami tak benarkan rasuah' - Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat kalangan rakyat mahu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak diteruskan.

Laporan 'damage control' dikeluarkan tahun depan - Tun M
Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Sabar rakyat Malaysia, kita sedang kembalikan semula 'Asian Tiger' - Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sedang dilakukan ketika ini dengan pelbagai perancangan yang telah digarapkan bagi kebaikan rakyat.