Kos pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur telah melebihi peruntukan asalnya melebihi RM6 juta.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri kedua yang diumumkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di parlimen mendapati Kerajaan pada asalnya telah meluluskan siling peruntukan berjumlah RM70.69 juta di bawah RMK-9 dalam projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, siling peruntukan ini telah terpaksa dinaikkan dan dimuktamadkan dengan nilai RM77 juta.
Ini berikutan beberapa tambahan arahan kerja yang dikeluarkan Kementerian terbabit.
Menurut laporan itu setakat 31 Disember 2013, sebanyak 17 Arahan Perubahan Kerja (APK) telah diluluskan berjumlah RM2.37 juta dan 42 Pelarasan Harga Kontrak (PHK) telah diluluskan berjumlah RM3.99 juta.
“Selepas mengambil kira APK dan PHK, nilai kontrak asal yang berjumlah RM64 juta telah meningkat kepada RM70.36 juta, iaitu peningkatan sebanyak 9.9%. Selain daripada harga kontrak, Kementerian Dalam Negeri juga menanggung kos lain yang terlibat dengan projek ini berjumlah RM8.18 juta” menurut laporan itu.
Selain itu, jumlah kos projek terbabit juga adalah melebihi peruntukan yang diluluskan di mana lebihan kos adalah sejumlah RM1.54 juta (2%) daripada siling peruntukan pembiayaian PFI yang telah dimuktamadkan berjumlah RM77 juta.
Susulan itu, pihak Kementerian Kewangan akan mengadakan satu perbincangan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Selain itu Kementerian Dalam Negeri juga terlebih belanja dalam beberapa perkara,.
Antaranya Perakuan Serahan Kerja Siap telah dikeluarkan oleh JKR Wilayah Persekutuan pada 5 Jun 2013, namun bangunan ini hanya diduduki sepenuhnya pada bulan Januari 2014.
“Pada pendapat audit, kelewatan menyiapkan projek ini dan kelewatan perpindahan ke bangunan baru mengakibatkan pihak KDN terpaksa menanggung kos sewaan berjumlah RM73,512 yang dikira dari bulan Julai hingga Disember 2013” kata laporan itu lagi.
Kementerian mengakui teguran dan mengambil maklum akan pemerhatian audit dan memastikan perkara yang sama tidak berulang.
Selain itu, audit turut mendapati beberapa perkara seperti, pagar keselamatan tidak dibina di hadapan Balai Polis, reka bentuk yang tidak sesuai dan kualiti kerja pembinaan tidak memuaskan.
Kementerian memberi maklumbalas bahawa pagar keselamatan tidak termasuk dalam konsep ‘mesra pengguna’ sebagaimana dipersetujui semasa mesyuarat khas dan kerja-kerja pembaikan reka bentuk sedang dilaksanakan oleh kontraktor sebelum tamat tempoh DLP pada 31 Mei 2014.
Sebanyak 230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Kandungan dan sinopsis laporan siri 2 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 telah dibentangkan di Parlimen pada 7 April lepas.
Azyyati Ahmad
Mon Jun 16 2014
Kata audit, jumlah kos projek adalah melebihi peruntukan yang diluluskan di mana lebihan kos adalah sejumlah RM1.54 juta (2%)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Laporan Audit: Pembinaan Ibu Pejabat Polis Sentul melebihi kos awal
Semakan Audit mendapati Pembinaan Ibu Pejabat Polis Sentul melebihi kos siling peruntukan yang dikeluarkan kerajaan.