KUALA LUMPUR: Polis menerima sebanyak 51 laporan melibatkan 51 buah sekolah di beberapa negeri berhubung ancaman bom palsu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, peningkatan laporan tersebut kerana penerima emel terbabit lewat membacanya, walaupun ancaman bom palsu itu disebarkan pada waktu yang hampir sama.
Jelasnya, setakat 23 Nov, 51 sekolah terbabit melibatkan sembilan negeri dengan laporan paling tinggi diterima di Selangor iaitu sebanyak 18.
Katanya, sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka oleh polis di seluruh negara di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Seperti mana Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) memaklumkan, perkara ini pernah berlaku di Jamaica dan Trinidad and Tobago. Ini bukan sesuatu yang baru dan ini dari luar negara.
"Namun, pihak polis akan memandang dan mengambil setiap ancaman itu secara serius.
“Ini kerana kita tidak mahu sesiapa menangguk di air yang keruh, untuk mengambil peluang ini bagi mengancam ketenteraman negara ini.
“Pihak polis akan mengunjungi setiap sekolah yang menerima ancaman itu untuk memastikan tiada unsur-unsur sabotaj atau orang yang menangguk di air keruh,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata sekolah-sekolah berkenaan menjadi ‘sasaran’ kerana alamat emel mereka yang tertera di domain awam.
Selain Selangor, polis katanya, turut menerima tujuh laporan di Kuala Lumpur melibatkan sekolah antarabangsa.
"Di Johor enam laporan, Negeri Sembilan (tiga), Pulau Pinang (empat), Sarawak (lima), Perak (tiga), Sabah (dua), serta Kedah (tiga)," ujar beliau.
Berdasarkan pecahan laporan, 32 laporan membabitkan sekolah antarabangsa, 15 sekolah swasta dan empat sekolah kelolaan atau bantuan kerajaan.
Media sebelum ini melaporkan, ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun emel menggunakan nama `taktstorer' yang bermaksud pengganggu ketenteraman dalam Bahasa Jerman, daripada penyedia perkhidmatan emel beeble.com.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 24 2023

Bercakap pada sidang media di Bukit Aman hari ini, Mohd Shuhaily berkata, sekolah-sekolah tersebut menjadi sasaran ancaman bom palsu kerana alamat emel mereka yang tertera di domain awam. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.

Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying
Semua institusi pendidikan diarah mengetatkan sistem kawalan keselamatan sebagai langkah berwaspada susulan siri ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara.

Dua sekolah pendidikan khas di Perak turut terima ancaman bom
Dua sekolah khas itu ialah di Sitiawan yang menerima ancaman pada Selasa dan yang terbaharu di Taiping, pagi Jumaat.

Laporan ancaman bom palsu di sekolah meningkat kepada 51
Peningkatan laporan adalah kerana penerima emel lewat membacanya, walaupun ancaman itu disebarkan pada waktu yang hampir sama.

Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar
Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakanny