IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membuat ancaman bom palsu melalui e-mail di sebuah pusat membeli belah di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakannya.
Menurutnya, warga tempatan berusia 43 tahun itu mempunyai sejarah penyakit psikiatri dan sedang menerima rawatan di Klinik Pakar Psikiatri, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
“Ujian saringan awal air kencing turut dijalankan ke atas suspek dan mendapatinya tidak di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Yahaya berkata, terdahulu, kira-kira jam 4.57 petang Ahad, pihaknya menerima laporan polis daripada pengurus sebuah pusat membeli belah.
Laporan itu menyatakan, kira-kira jam 2.56 petang, pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut menerima e-mail daripada seorang individu yang tidak dikenali menyatakan terdapat ancaman bom di premis itu dan meminta mereka meningkatkan langkah-langkah keselamatan.
Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bangunan itu dan mengesahkan maklumat tersebut adalah palsu.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.
“Siasatan kes ini telah pun selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak memberikan sebarang maklumat palsu yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat hendaklah dielakkan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 22 2023
![Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684326095_handcuff.jpg)
Suspek berusia 43 tahun itu mempunyai sejarah penyakit psikiatri dan sedang menerima rawatan di Klinik Pakar Psikiatri, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. - Gambar hiasan
Tayangan 'BeetleJuice BeetleJuice' buka tirai Festival Filem Venice
Sekuel 'Beetlejuice Beetlejuice' yang diarahkan oleh Tim Burton akan membuka tirai festival filem antarabangsa Venice 2024.
Tujuh mayat rakyat Palestin ditemui dalam serangan baru
Sekurang-kurangnya 7 mayat rakyat Palestin ditemui pada Rabu dalam serangan oleh tentera Israel yang terbaharu.
Dua cedera kejadian tikam di pusat beli belah Israel
Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua lelaki terbaring di atas lantai pusat beli-belah berkenaan ketika orang ramai cuba memberi rawatan kecemasan.
Wanita mangsa paling ramai terkorban
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.
10 Berita Pilihan - (03 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Jumlah sumbangan yang diterima melalui tabung solidariti bersama Selangor FC yang dibuka bermula 26 Jun hingga 2 Julai ditutup dengan jumlah RM76,490.06.
Malaysia akan terus suarakan hak Palestin di UNGA
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus menggunakan pentas antarabangsa untuk bersuara mengenai hak Palestin secara lantang.
Belum ada keperluan bawa balik tentera pengaman di Lubnan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra sentiasa memantau keadaan di Semenanjung Gaza dan kawasan sekitar termasuk ketegangan yang berlaku di Lubnan.
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
![Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718082556_facemask.jpg)
Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.
![Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717647368_tbMotac.jpg)
Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
![Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700893832_TBHUI.jpg)
Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying
Semua institusi pendidikan diarah mengetatkan sistem kawalan keselamatan sebagai langkah berwaspada susulan siri ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara.
![Dua sekolah pendidikan khas di Perak turut terima ancaman bom Dua sekolah pendidikan khas di Perak turut terima ancaman bom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Dua sekolah pendidikan khas di Perak turut terima ancaman bom
Dua sekolah khas itu ialah di Sitiawan yang menerima ancaman pada Selasa dan yang terbaharu di Taiping, pagi Jumaat.
![Laporan ancaman bom palsu di sekolah meningkat kepada 51 Laporan ancaman bom palsu di sekolah meningkat kepada 51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700796771_ShuhailyMohdZain.png)
Laporan ancaman bom palsu di sekolah meningkat kepada 51
Peningkatan laporan adalah kerana penerima emel lewat membacanya, walaupun ancaman itu disebarkan pada waktu yang hampir sama.
![Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684326095_handcuff.jpg)
Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar
Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakanny