KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan menggunakan bot supaya melaporkan keberadaan mereka kepada pihak berkuasa.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata langkah itu perlu bagi mengoptimumkan penggunaan aset dalam tempoh bencana di satu-satu lokasi.
"Dalam tempoh bencana, pusat kawalan akan dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah, namun jika mereka (pihak yang ingin menghulurkan bantuan) tidak boleh buat laporan di IPD, biasanya pusat kawalan akan turut dibuka di kawasan insiden... jadi mereka boleh melapor diri di situ," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasain.
Abdul Wahab berkata pihaknya amat menghargai bantuan orang ramai khususnya masyarakat setempat dalam membantu agensi penyelamat semasa tempoh banjir.
"... tetapi yang penting, bot yang ingin membantu mangsa banjir itu perlu mempunyai jaket keselamatan. Walaupun mereka mahir selok-belok sesuatu kawasan, soal keselamatan diri dan penumpang tetap menjadi keutamaan.
"Kita perlu kemahiran mereka kerana memudahkan serta mempercepat ketika memindah dan memberi bantuan kepada mangsa," katanya.
Sementara itu, Nor Hisham berkata JBPM telah mengarahkan balai bomba supaya memastikan bot sukarela yang ingin membantu mangsa banjir dilengkapi jaket keselamatan.
"JBPM telah maklumkan semua balai, kalau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) masuk (ke kawasan banjir) tetapi mereka tidak ada jaket keselamatan, kita cuba bekalkan sekurang-kurangnya untuk pengendali bot. Kita juga beritahu supaya seboleh-bolehnya ada anggota agensi penyelamat turut serta dalam bot itu sekurang-kurangnya seorang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
![Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
Abdul Wahab berkata pihaknya amat menghargai bantuan orang ramai khususnya masyarakat setempat dalam membantu agensi penyelamat semasa tempoh banjir. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah untuk bantuan banjir NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah untuk bantuan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719906473_SekolahMenengahSt.jpg)
NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah untuk bantuan banjir
NADMA meluluskan permohonan menggunakan RM14 juta baki peruntukan Monsun Timur Laut negeri itu untuk bantuan banjir.
![Isu berkaitan LTAT, usaha lindungi undang-undang syariah jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu berkaitan LTAT, usaha lindungi undang-undang syariah jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Isu berkaitan LTAT, usaha lindungi undang-undang syariah jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khlir ingin mendapatkan penjelasan mengenai langkah yang diambil susulan peletakan jawatan pegawai-pegawai berkenaan.
![Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704171641_TBzahidhamidi.jpg)
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
![NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704088523_BanjirPasirMas.jpg)
NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk misi banjir.
![Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679834876_TBBANJIRjpg.jpg)
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
![Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703762625_TimbalanMenteridi.jpg)
Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli
Sumbangan segera berbentuk bantuan makanan dan kit kebersihan itu diagihkan menerusi program Rahmah MADANI oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
![Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000 Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701163269_TBCourtHammer.jpg)
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
![JKM sudah hantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan JKM sudah hantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700297636_AimanAthirahSabu.jpg)
JKM sudah hantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan
JKM telah menghantar barangan keperluan seperti makanan serta bantuan lain ke semua pangkalan hadapan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
![Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
Lapor kepada pihak berkuasa sebelum beri bantuan kepada mangsa banjir - JBPM
Abdul Wahab berkata, langkah itu perlu bagi mengoptimumkan penggunaan aset dalam tempoh bencana di satu-satu lokasi.
![Johor umum mangsa banjir akan terima 5 jenis bantuan, wang tunai Johor umum mangsa banjir akan terima 5 jenis bantuan, wang tunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679893620_BencanaBanjirJoh.jpg)
Johor umum mangsa banjir akan terima 5 jenis bantuan, wang tunai
Inisiatif itu termasuk pengecualian bayaran RM250 bagi penggantian dokumen penting seperti geran yang hilang dan rosak disebabkan banjir.