Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, barangan keperluan itu dihantar dari depoh utama negeri ke pangkalan hadapan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.
"Kita tak boleh tunggu banjir dulu baru nak hantar bantuan memang tidak sempat.
"Sebagai contoh depoh utama JKM di Pengkalan Chepa juga telah membuat penghantaran ke pangkalan hadapan di semua jajahan di Kelantan," katanya.
Beliau yang juga Ketua AWAN Nasional berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan, di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Monsun timur laut (MTL) berlaku bermula November hingga Mac tahun depan. - BERNAMA