KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
Malaysia Airport Holdings Bhd berkata Pulau Pinang terus mempamerkan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama meskipun bulan Mac bukan waktu puncak kemasukan pelancong.
"Peningkatan itu disumbang oleh kemasukan syarikat penerbangan baharu, Fly Dubai, yang mengendalikan penerbangan terus setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ketika ini terdapat sebanyak 19 syarikat penerbangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan ke 16 destinasi global melalui 514 penerbangan setiap minggu, beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Daya tarikan lapangan terbang itu kekal kukuh apabila berjaya menarik syarikat penerbangan baharu seperti Thai Lion Air yang akan mengendalikan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan PEN-Don Mueng bermula bulan ini.
Selain PEN, Malaysia Airports Group juga secara keseluruhannya mencatatkan prestasi trafik yang tinggi dengan 10.2 juta pergerakan penumpang direkodkan pada Mac 2024, merangkumi 7.1 juta di Malaysia dan 3.1 juta di Turki.
Kumpulan itu mencatatkan 3.8 juta pergerakan penumpang antarabangsa dan 3.2 juta domestik bagi operasi di Malaysia.
Sementara itu, aset kumpulan di Turkiye, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, mengekalkan jumlah penumpang yang stabil pada 3.1 juta pada Mac 2024, terdiri daripada 1.7 juta penumpang antarabangsa dan 1.4 juta domestik, membuktikan kepentingan lapangan terbang itu sebagai hab utama bagi perjalanan domestik dan antarabangsa.
Prestasi trafik suku tahunan kumpulan juga mencapai kemajuan, mencatatkan kadar pemulihan melepasi 90 peratus pada suku pertama 2024 dengan 31.4 juta penumpang berbanding suku pertama 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Pulau Pinang terus mempamerkan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama meskipun bulan Mac bukan waktu puncak kemasukan pelancong. - Foto airports.malaysiaairports.com.my
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Projek kereta api ringan Gunung Fuji dijangka angkut 3 juta pendaki setahun
Wilayah Yamanashi cadangkan laluan dua landasan yang akan mengoperasikan kereta api dua gerabak setiap 6 minit selama 10 jam sehari.
Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025
Melaka akan mempertingkatkan kualiti semua infrastruktur pelancongan di negeri berkenaan menjelang penganjuran WTD dan WTC, pada September 2025.
Koleksi Muzium Arkeologi Lambah Bujang tinggalan penting yang perlu dihayati
Pelbagai koleksi arkeologi unik dari kurun ketiga hingga ke-12 Masihi dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok di sini yang merupakan tinggalan sejarah penting untuk dihayati dan difahami.
Setiausaha Agung ASEAN tekankan bidang utama untuk lonjakkan ASEAN-China
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menggariskan tiga bidang tumpuan utama untuk meningkatkan hubungan ASEAN-China.
Malaysia, Ukraine bincang sektor-sektor utama dalam mesyuarat pertama JTC
Malaysia dan Ukraine membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala apabila membincangkan sektor-sektor utama dalam mesyuarat pertama JTC Malaysia-Ukraine hari ini.
ASEAN 2025: Industri pelancongan tempatan digesa rebut peluang
Tahun hadapan akan menyaksikan pelaksanaan pelbagai projek berkaitan pelancongan yang menyokong pemulihan penuh pascapandemik.
Thailand lancar Festival Musim Sejuk tarik pelancong antarabangsa
Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan komited menjadikan pelancongan sebagai pemacu utama ekonomi negara.
Karnival Deepavali pacu ekonomi tempatan, berpotensi jadi tarikan tahunan - Dr Zaliha
Acara itu juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang keunikan dan kepelbagaian budaya tempatan.