KUALA LUMPUR: Selepas lapan tahun menanti, seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down yang berdepan masalah jantung berlubang di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (RKHPJ) di Sungai Buloh, Selangor akhirnya beroleh taraf kewarganegaraan.
Berkongsi kegembiraan itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk R. Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata kelulusan permohonan Irdina Saffiyah Abdul Fattah telah dimaklumkan kepada pengurus pusat jagaan berkenaan selepas dipersetujui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail minggu lepas.
Ramanan berkata kes Irdina Saffiyah dirujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh oleh penjaga merangkap pengurus rumah kebajikan berkenaan iaitu Jamaluddin Wahab pada Januari lepas dan berikutan itu, beliau terus menghubungi serta meminta bantuan Saifuddin Nasution untuk memudahkan proses permohonan kewarganegaraan kanak-kanak tersebut.
"Saya amat berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri kerana atas persetujuan serta keprihatinan beliau, akhirnya Irdina bakal menikmati segala keistimewaan sebagai warganegara Malaysia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau berharap dengan kewarganegaraan yang dimiliki, Irdina Saffiyah dapat memohon kad Orang Kurang Upaya (OKU) selepas ini bagi membolehkannya belajar di sekolah pendidikan khas serta menikmati bayaran perubatan yang murah dan mudah di fasiliti kesihatan.
Ramanan berkata Irdina Saffiyah merupakan bayi yang ditinggalkan di hac bayi Pusat Perubatan Universiti Malaya sebaik dilahirkan.
Selepas dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Irdina Saffiyah ditempatkan di RKHPJ.
Beliau berkata selain sindrom Down, Irdina Saffiyah menghidap masalah jantung berlubang yang memerlukannya dirawat secara berkala di hospital demi kelangsungan hidup namun ketika usia dua tahun, dia hanya mendapat sijil kelahiran bukan warganegara kerana tidak memiliki sebarang dokumen semasa ditemui.
"Disebabkan itu, kos rawatannya tidak sama seperti anak berstatus warganegara yang hanya perlu membayar kos rawatan dengan subsidi oleh kerajaan.
"Lebih menyedihkan walaupun berstatus OKU, hak pendidikan Irdina juga dinafikan kerana tidak dibenarkan bersekolah di sekolah pendidikan khas atau Pemulihan Dalam Komuniti kerana tidak memiliki kad OKU," katanya.
Ramanan turut mendoakan agar Irdina Saffiyah diberikan kesihatan yang baik dan beliau berjanji akan terus membantunya supaya kanak-kanak itu menjadi insan berjaya pada masa hadapan.
Beliau juga berkata Irdina Saffiyah telah menunjukkan reaksi yang sangat gembira sehingga membuatkan mereka yang berada di sekelilingnya menangis apabila dimaklumkan mengenai berita itu.
Ramanan turut memaklumkan telah berjumpa dengan kanak-kanak itu apabila Irdina Saffiyah dibawa oleh penjaganya ke pejabat beliau baru-baru ini.
Pertemuan itu telah menceriakan suasana di pejabat Ramanan kerana Irdina Saffiyah terus menyapa beliau dan secara spontan melakukan 'high five' atau tepuk ria
"Agak sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu. Hanya diri saya dapat menyelaminya kerana adik Irdina cukup dekat di hati saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Ramanan turut mendoakan agar Irdina Saffiyah diberikan kesihatan yang baik dan beliau berjanji akan terus membantunya supaya kanak-kanak itu menjadi insan berjaya pada masa hadapan. - Gambar FB Ramanan Ramakrishnan Official Media

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.