Lapan sekeluarga di Sare, 18km dari sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran kira-kira 10.30 pagi tadi..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kahar berkata lapan sekeluarga itu terdiri daripada pasangan suami isteri, masing-masing berusia 44 dan 41 tahun, serta tiga anak dan seorang menantu mereka berusia antara 7 dan 22 tahun.

Beliau berkata ketika kejadian kesemua mereka tidak berada di rumah.

Katanya sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dengan kekuatan sembilan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, berserta sebuah dan satu unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.

-- BERNAMA