Lapan lagi jenazah - tujuh rakyat Malaysia, seorang warga Belanda - mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang ke tanah air Selasa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata istiadat penghormatan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada hari yang sama.
Ketika ini, lapan jenazah berkenaan sedang melalui proses dokumentasi di Amsterdam, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Maklumat terperinci lapan jenazah itu akan dimaklumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijadualkan Isnin ini, katanya.
"Kepulangan tujuh lagi jenazah warga tempatan itu bermakna kesemua 31 jenazah rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebelum ini telah dan akan dibawa pulang ke tanah air," katanya.
Setakat ini, 24 jenazah rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air sejak Jumaat lepas.
Muhyiddin berkata pihak kerajaan berharap agar semua pihak termasuk media dapat menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 seterusnya menjaga privasi dan sensitiviti mereka.
Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas.
Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas manakala tiga jenazah tiba keesokannya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berusaha untuk memastikan pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia dibenarkan kembali memasuki kawasan nahas bagi menjalankan tugasan yang belum selesai khususnya dalam mencari mayat yang masih belum ditemui.
"Dalam menangani tragedi ini, kerajaan Malaysia amat konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat mesti dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sekeras-kerasnya," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.
Laporan media sebelum ini melaporkan jenazah warga Belanda itu dibawa ke Malaysia atas permintaan keluarga mangsa yang mahukan jenazah itu disemadikan di negara ini.
Bernama
Wed Aug 27 2014
Ketika ini, lapan jenazah berkenaan sedang melalui proses dokumentasi di Amsterdam. - Gambar Fail
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir
Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EURO 2024: VAR penghalang Belanda tempah slot awal pasukan 16 terbaik
Perancis dan Belanda berkongsi empat mata dalam saingan Kumpulan D selepas dua perlawanan.