Penangkapan lapan individu, termasuk dua yang merekrut banduan di Penjara Tapah untuk menjadi militan adalah kerana terdapat unsur untuk mencetuskan kegelisahan sosial di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.
Tindakan mereka juga mahu menggambarkan seolah-olah Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan beragama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangkapan itu adalah tindakan susulan pihak polis untuk membanteras elemen keganasan di negara ini yang masih memerlukan keprihatinan pihak berkuasa.
“Ini adalah kerana terdapat unsur-unsur yang mahu mengujudkan kegelisahan sosial rakyat pelbagai agama.
“Ini termasuk terdapat kumpulan yang mahu memporak-perandakan keharmonian beragama di negara kita dengan mahu membakar dan merosakkan rumah-rumah ibadat, sama ada masjid, kuil, tokong atau gereja.
“Ini bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan beragama dan ini harus ditangani,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena Deepavali kepada 800 masyarakat miskin kaum India di Dewan JKKK, di sini hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamd Fuzi Harun dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, PDRM berjaya menggagalkan cubaan merekrut banduan di Penjara Tapah untuk menjadi militan selepas menahan dua bekas tahanan penjara itu.
Mereka disyaki merekrut banduan untuk melancarkan serangan ke atas rumah ibadat orang Islam, Kristian dan Hindu bagi mencetuskan konflik antara kaum di negara ini.
Astro Awani
Sun Oct 08 2017

Penangkapan lapan individu, termasuk dua yang merekrut banduan di Penjara Tapah untuk menjadi militan adalah kerana terdapat unsur untuk mencetuskan kegelisahan sosial. - Foto PDRM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan ditahan ekoran cubaan cetus kegelisahan, konflik kaum - TPM Zahid
Penangkapan lapan individu, termasuk dua yang merekrut banduan di Penjara Tapah untuk menjadi militan adalah kerana terdapat unsur untuk mencetuskan kegelisahan sosial.

Dua skuad khas ditubuh banteras jenayah berat, dadah - Zahid Hamidi
Dua skuad khas ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri.