BACHOK: Lapan beranak di Kubang Nibong, Beris Kubor Besar di sini acap kali tidur dalam kesejukan dan basah akibat hujan memandangkan ketika ini musim tengkujuh susulan rumah pusaka berusia 100 tahun yang mereka diami sudah terlalu usang.
Mazita Hassan Pakry, 50, berkata bumbung rumah kayu yang hanya mempunyai satu bilik peninggalan arwah neneknya itu sudah banyak yang bocor selain dinding serta lantai sudah banyak rosak dan berlubang.
"Atap rumah sudah banyak bocor. Setiap kali hujan, saya kena tadah air hujan dalam besen supaya lantai rumah tidak basah.
"Jika hujan lebat, kami sekeluarga akan tidur di ruang tamu dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan," katanya ketika ditemui di rumah tersebut pada Selasa.
Menurut Mazita, bilik air di rumahnya itu juga sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
"Dengan bantuan keluarga lain, kami bina sebuah tandas kecil kira-kira 80 meter di belakang rumah ini," luahnya.
Menurut Mazita, dia dan suaminya Wan Aziz Wan Ismail, 49, tidak berkemampuan untuk membaiki rumah pusaka itu kerana suaminya hanya bekerja sebagai buruh kasar di Jeli dengan pendapatan RM60 sehari.
Dalam masa sama, suaminya juga turut mempunyai kekangan dari sudut kesihatan apabila menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
"Kadang-kadang dia balik seminggu sekali untuk menghantar wang belanja. Saya pula suri rumah sepenuh masa.
"Cuma kadang-kala jual keropok keping yang dibungkus semula dalam plastik kecil dan saya letak di beberapa kedai makan. Saya jual dengan harga RM1 sebungkus,” katanya.
Tambah wanita itu, keadaan COVID-19 menyebabkan kehidupan mereka semakin sukar dan tidak berkemampuan untuk membaiki rumah yang usang itu.
Menurutnya, anaknya, Wan Mohamad Sazly Zakuan Wan Aziz, 11, pula kerap tidak hadir sekolah kerana tidak mempunyai wang saku,
Bagaimanapun katanya, anaknya bernasib baik apabila gurunya turut membantu membelikan data internet untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikannya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Menurut Mazita lagi, anak sulungnya yang sudah berkahwin juga tinggal bersamanya di rumah berkenaan kerana tidak berkemampuan untuk mendiami rumah lain.
“Anak sulung cuma mengambil upah sebagai buruh kasar. Dia dan isteri serta tiga anaknya masih tinggal di sini kerana mereka juga kesempitan wang,” katanya.
Sementara itu Mazita menjelaskan, dia ada memohon bantuan daripada pihak berwajib bagi meringankan masalah dihadapinya namun masih belum menerima keputusan daripada pihak terlibat.
Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Mazita di talian 019 5002742 atau salurkan ke akaun Bank Islam Mazita Hassan Pakry 03102020262353.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 01 2021

Rumah pusaka yang didiami lapan beranak usang dan bocor pada sebahagian besar rumah. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lapan beranak tinggal di rumah pusaka usang, bocor
Bumbung rumah kayu yang hanya mempunyai satu bilik peninggalan arwah neneknya itu sudah banyak yang bocor selain dinding serta lantai sudah banyak rosak dan berlubang.