PUTRAJAYA: Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang telah dilaksanakan sejak bermulanya pandemik dan akan diteruskan dengan lebih giat terutamanya berikutan peningkatan ketara pergerakan trafik antarabangsa pada 2022, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata kumpulan itu telah merekodkan kira-kira 143,000 pergerakan pesawat antarabangsa bagi operasinya di Malaysia pada tahun lepas dengan sebahagian besar pergerakan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu sekitar 111,000.
"Menerusi kelonggaran sekatan perjalanan terkini oleh kerajaan China, kumpulan menjangkakan jumlah pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang kami akan mencatat lebih banyak peningkatan pada 2023.
"Terdapat penerbangan masuk dan keluar ke China yang beroperasi di KLIA sejak 2022 dan kekerapannya telah meningkat beransur-ansur pada suku terakhir tahun tersebut," katanya.
MAHB berkata KLIA dijangka menerima 11 penerbangan dari China hari ini dengan sembilan daripadanya di terminal utama KLIA manakala dua lagi di KLIA2.
Lapangan terbang tersebut akan menerima purata sebanyak 10 penerbangan harian pada minggu akan datang, katanya.
Menurut MAHB, kumpulan itu akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan untuk memastikan keselamatan kesihatan semua penumpang di rangkaian lapangan terbangnya terpelihara.
Berikutan perkembangan positif ini, kumpulan itu telah meningkatkan persediaan untuk menyambut ketibaan lebih ramai penumpang terutamanya dari segi kemudahan dan penambahbaikan perkhidmatan.
Ini termasuk menyediakan sebanyak 16 bas ulang-alik yang beroperasi 24 jam seminggu untuk memastikan pergerakan penumpang di antara bangunan satelit dengan bangunan terminal utama berjalan lancar sebagai alternatif kepada perkhidmatan Aerotrain, serta penyediaan meja bantuan yang diuruskan oleh kakitangan yang boleh berbahasa Mandarin di kedua-dua terminal di KLIA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023

MAHB berkata KLIA dijangka menerima 11 penerbangan dari China hari ini dengan sembilan daripadanya di terminal utama KLIA manakala dua lagi di KLIA2. - Gambar fail
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

Sembilan 'ulat kad SIM' warga asing ditahan di KLIA
Sembilan lelaki warga Bangladesh dipercayai 'ulat kad SIM' ditahan dalam operasi khas di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Perhilitan akan mengambil langkah proaktif bagi membanteras perdagangan hidupan liar di pintu masuk negara.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Warga AS didenda RM6,500 miliki sebutir peluru di KLIA
Peguam merayu hukuman ringan kerana peluru itu milik abang tertuduh dan tertuduh dalam perjalanan ke Myanmar untuk perkahwinan.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.