KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk menangani krisis ekonomi semakin membuahkan hasil apabila prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus pada 2021.
Beliau berkata pembukaan hampir semua sektor ekonomi dan sosial serta permintaan domestik dan luar yang tinggi akan terus mendorong pertumbuhan.
Katanya kerajaan akan memastikan unjuran pertumbuhan ekonomi antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus bagi tahun 2022 tercapai.
"Paling penting ialah pertumbuhan ekonomi ini dapat dinikmati semua lapisan rakyat dengan peningkatan sumber pendapatan dan mengekang kenaikan inflasi.
"Insya-Allah dengan perancangan yang teliti dan kerjasama seluruh Keluarga Malaysia, hasrat ini akan tercapai," katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Ia turut disertakan dengan poster yang memaparkan petunjuk KDNK Malaysia Terus Maju Ke Arah Pemulihan, dengan KDNK 2021 mencatatkan 3.1 peratus manakala KDNK Suku Keempat 2021 mencatatkan 3.6 peratus.
Petunjuk lain ialah kadar penurunan pengangguran sebanyak 4.2 peratus, aliran pelaburan langsung asing melebihi RM50 bilion dan peningkatan jumlah perdagangan luar melebihi RM2 trilion.
Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK pada 2021 sebanyak 3.1 peratus, sejajar dengan unjuran kerajaan iaitu antara 3 dan 4 peratus.
Ini adalah peningkatan berbanding tahun 2020, apabila KDNK menguncup sebanyak 5.6 peratus.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-84 yang dikeluarkan hari ini berkata kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara untuk 2022 dalam julat 5.5 peratus hingga 6.5 peratus.
Tengku Zafrul berkata angka itu selari dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, masing-masing sebanyak 5.7 peratus dan 5.8 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022
ISMAIL SABRI: "Insya-Allah dengan perancangan yang teliti dan kerjasama seluruh Keluarga Malaysia, hasrat ini akan tercapai." - Gambar fail
Polis nafi OKT lolos dari Mahkamah Butterworth
Tiada Orang Kena Tahan (OKT) berhubung kes dadah yang meloloskan diri dari Mahkamah Butterworth seperti tular di media sosial hari ini.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
Pelaksanaan PuTERA35 dipantau Majlis Ekonomi Bumiputera - Kementerian Ekonomi
Pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI 7:45 [19/08/2024] – Elak ketirisan peruntukan | Dakwaan hina institusi diraja | Jenazah tidak sempurna | Doktor dirogol dan dibunuh
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dasar Bumiputera, bukan ketepikan kaum lain, urusan sampai ke akar umbi
- Saifuddin sahkan Muhyiddin diambil keterangan esok
- Keluarga reda keadaan jenazah Istiqomah
- Lebih sejuta protes di India, desak hukuman berat pembunuh doktor
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dasar Bumiputera, bukan ketepikan kaum lain, urusan sampai ke akar umbi
- Saifuddin sahkan Muhyiddin diambil keterangan esok
- Keluarga reda keadaan jenazah Istiqomah
- Lebih sejuta protes di India, desak hukuman berat pembunuh doktor
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Reformasi perkhidmatan awam tingkatkan produktiviti mendepani cabaran semasa - Cuepacs
Setiap penjawat awam perlu mempunyai nilai-nilai yang baik dan mengamalkan budaya integriti yang tinggi bagi memastikan perkhidmatan kepada negara boleh dirasai kumpulan sasar.
Minos Markets Ltd, ZFinances, Akademi Cikgu Syahmi masuk Senarai Peringatan Pelabur SC
Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia telah mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya dengan memasukkan tiga entiti tidak sah dan satu entiti berpotensi klon.
AWANI Tonight: Put an end to unjust killings in Gaza
On World Humanitarian Day, Nur Hafizah Shamsudin from Viva Palestina Malaysia highlights the need to protect civilians and aid workers from unjust killings in Gaza as the death tolls of Palestinians tops the 40,000-mark.
Polis buru tujuh suspek kes samun bersenjata
Polis giat mengesan tujuh suspek berhubung kejadian samun bersenjata berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hari ini.
AWANI Tonight: Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera
The government has launched the Bumiputera Economic Transformation Plan 2035 (PuTERA35), which will prioritise the economic development of the Bumiputera community.
AWANI Tonight: Govt turns to police calls as prisons overflow from riots
Britain activated an emergency measure to hold suspects in police station cells until prison beds become available, amid long-standing capacity issues and recent outbreaks of anti-migrant riots.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.