Sebuah pasar raya terkemuka di Taman Desa Tebrau di sini diarahkan tutup setelah didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu, yang mengesahkan perkara itu, berkata penutupan tersebut berkuat kuasa mulai 4 petang hari ini sehingga 1 Jun depan.
"Saya dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru bahawa pemantauan yang dibuat pasukan penguat kuasa mendapati pasar raya terbabit tidak dapat mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan.
"Ia umumnya tidak memastikan penjarakan sosial, tidak memastikan cecair pembasmi kuman digunakan dan tiada kawalan pengunjung di dalam pasar raya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau diminta mengulas gambar notis perintah tutup premis yang dikeluarkan ke atas pasar raya itu sebelum ia tular di aplikasi WhatsApp.
Menurut notis itu, penutupan adalah untuk menjalankan kerja-kerja mencegah penyakit berjangkit seperti yang termaktub dalam Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri R. Vidyananthan, ketika dihubungi, berkata notis tersebut dikeluarkan sebagai memberi peluang kepada pihak pengurusan pasar raya terbabit untuk memperbaiki pelaksanaan SOP mereka.
"Sekiranya mereka (pengurusan) patuh, maka pasar raya itu nanti boleh dibuka semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Aman mengesahkan penutupan berkuat kuasa mulai 4 petang hari ini sehingga 1 Jun depan. - JKN
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Jelajah Jiwa SME 2024 JB labuh tirai, produk inovatif ‘Mi Sayur’ raih pakej media bernilai RM55,600
Siri jelajah Jiwa SME 2024 Johor Bahru melabuhkan tirai dengan produk 'Mi Sayur' oleh Yumny Food muncul sebagai pemenang kategori Penyertaan Terbaik seterusnya meraih pakej media bernilai RM55,600.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.