KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan operasi risikan di Malaysia perlu dipertingkatkan lagi, terutamanya dari segi pengutipan maklumat siber supaya dapat mengadaptasi senario yang berlaku ketika ini, kata penganalisis pertahanan dan keselamatan, Datuk Ruhanie Ahmad.
Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, persiapan agensi risikan yang sewajarnya adalah berpatutan, memandangkan maklumat di alam siber datang dalam pelbagai bentuk, seperti laman web yang terbuka (open source), dan juga penyebaran dalam dark web dan deep web.
Dalam konteks itu, beliau berkata, Kertas Putih Pertahanan 2019 sendiri telah menggariskan keperluan menitikberat keupayaan perisikan siber, termasuk menaik taraf aset kelengkapan operasi elektromagnetik.
“Pada waktu sama, perisikan keselamatan, memerlukan human capital atau tenaga manusia yang betul-betul terlatih dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat, mempunyai kepakaran, dan juga memahami soal pengutipan data di alam siber.
“Perisikan pada zaman mutakhir ini, banyak melibatkan kepakaran pengutipan data manual, dan juga kepakaran mengesan dan menterjemah data dan maklumat yang diperoleh dari alam siber,” katanya kepada Astro AWANI.
Bersempena dengan tayang pawagam filem terbaharu James Bond 007, ‘No Time To Die’, Astro bakal menayangkan 25 filem ikonik ejen perisikan antarabangsa itu, bermula 15 Oktober sehingga 7 November ini.
Sebagai tambahan, Astro berkata, peminat boleh menyaksikan dokumentari ‘Everything or Nothing: The Untold Story of 007’, yang berfokus kepada tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama – penerbit, Albert R. Broccoli dan Harry Saltzman, serta pengarang buku, Ian Fleming.
BACA: 25 filem ikonik James Bond di saluran istimewa 007 dan 407 Astro
Fenomena ejen perisikan itu, sedikit sebanyak membawa persoalan, sama ada di Malaysia juga wujud pegawai-pegawai penyiasat yang sentiasa memakai tuksedo serta mempunyai peralatan canggih bagi menyelesaikan misi yang telah ditugaskan.
Menjawab persoalan itu, Ruhanie berkata, ia lebih kepada situasi hipotesis dan terdapat pengarah tempatan yang cuba mengadaptasi watak legenda itu ke dalam karya masing-masing, antaranya watak Jefry Zain lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin dalam filem Jurang Bahaya (1967) atau Mat Bond (1967) lakonan Mat Sentul.
Namun, jelasnya lagi, perkara seperti pengintipan rahsia negara (espionage) tidak dinafikan sering terjadi, dan ini, tambahnya lagi, menuntut kerajaan meningkatkan lagi pemerkasaan agensi perisikan sedia ada.
“Usaha untuk mengkhianati kerajaan atau organisasi diwujud pada setiap masa dan di mana-mana sahaja sama ada kita sedar atau tidak sedar.
"Kalau ada undang-undang baharu yang berkaitan perisikan dan pengkhianat, ia perlu dilihat, kerana ada kelompangan yang memerlukan kita kaji, faham dan teliti dan seterusnya perundangkan (legislate),” katanya lagi.
Ruhanie berkata, tanggungjawab itu juga bukan sekadar di bahu Ahli-ahli Parlimen, tetapi juga Jabatan Peguam Negara serta badan-badan penggubal undang-undang lain yang perlu memberi pemahaman kepada Ahli Parlimen tentang keperluan mempunyai perundangan yang unggul dalam sektor risikan, keselamatan dan pertahanan.
Dalam pada itu, pengarang buku Sejarah Perisikan di Malaysia, Azharuddin Mohamed Dali berpandangan, senario dan landskap geopolitik global yang berubah menjadikan operasi risikan lebih mencabar berbanding era sebelumnya.
Beliau berkata, dalam tempoh 30 tahun akan datang, keadaan akan menjadi lebih kompleks dan negara memerlukan pasukan perisikan yang lebih mantap serta dapat merangkumi sektor seperti sosial, kewangan, alam siber, selain yang bersifat konvensional seperti keselamatan dan pertahanan.
“Hal-hal berkaitan kewangan, bagaimana pendedahan yang terbaharu adalah Pandora Papers. Itu antara hal berkaitan dengan keupayaan pihak tertentu, untuk menggunakan teknologi moden mendedahkan maklumat sebegini rupa.
“Dulu sudah cukup sukar, kerana kebergantungan kita kepada kepintaran manusia (human intelligence). Tetapi dengan penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), isu-isu sebegini rupa akan menjadi semakin mencabar. Malah perbankan, insurans dan sebagainya turut tidak terlepas dari isu ini,” katanya lagi.
Berdasarkan faktor tersebut, Azharuddin berkata, keperluan menaiktaraf serta meningkatkan keupayaan agensi risikan negara bukan lagi sekadar keperluan, tetapi merupakan satu kewajiban, dalam usaha menjaga keselamatan dan kedaulatan Malaysia.
Firdaus Azil
Thu Oct 14 2021

Perisikan kini melibatkan kepakaran pengutipan data manual dan juga kepakaran mengesan serta menterjemah data dan maklumat alam siber. - Gambar hiasan
Zakat: Membersihkan harta, menangkis syubhah
Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh, Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, menerangkan asas falsafah dan teologi zakat dalam Islam, bagaimana zakat membersihkan harta dan melindungi daripada syubhah, serta peranan institusi zakat dalam meningkatkan kepercayaan umat Islam.

Serangan Israel: Masjid, surau di bawah Jakim dan Jawi diarah laksana solat hajat
Malaysia kekal teguh dalam pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman yang sedang berlaku.
"Beliau akan berjaya dalam menegakkan kebenaran" - Ibu Syed Saddiq
Ibu bapa beliau turut memberi kata-kata semangat dan menyatakan perhargaan kepada seluruh penyokong yang mendoakan Syed Saddiq.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Hujahan rayuan hukuman Syed Saddiq
Hujahan Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Bella hadir sokong Syed Saddiq di mahkamah
Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Jalan Gua Musang-Lojing akan dibuka selorong sebelum 28 Mac
Kerja-kerja pembaikan telah mencapai 50 peratus dan akan dibuka satu lorong kepada kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal.
"Walau sesakit manapun, realitinya saya sekadar kenderaan" - Saddiq
Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari awal.
#AWANInews
#AWANInews
Politik ugut-mengugut, sogok-menyogok, itu semua politik yang lama
Yang Berhormat Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar berada di Mahkamah Rayuan Persekutuan untuk mengetahui keputusan hujahan rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, dan denda RM10 juta.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq hari ini
Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh hari ini
Malaysia sedia terima 15 tahanan Palestin
Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq hari ini
Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh hari ini
Malaysia sedia terima 15 tahanan Palestin

Tiga maut, dua parah kemalangan empat kenderaan
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu.

Kedutaan China kecam pertuduhan UK terhadap kerajaan HKSAR
Pada awal Isnin, polis Britain mengumumkan pendakwaan terhadap tiga lelaki yang dituduh membantu perkhidmatan perisikan asing Hong Kong.

SPRM, AFP teroka kerjasama bidang siasatan kewangan, perisikan
SPRM dan Australian Federal Police (AFP), akan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang siasatan kewangan dan perisikan, serta isu rasuah termasuk pengubahan wang haram.

Ratusan pekerja perisikan asing dineutralkan - Majlis Keselamatan Rusia
Ratusan individu itu dikenal pasti terlibat dalam aktiviti peninjauan dan subversif terhadap Rusia dan rakan strategiknya.

Belanda usir beberapa diplomat Rusia, tutup pejabat perdagangan - Kementerian Luar
Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilapor sihat walaupun hilang berat badan
Pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan 'sedang mengamalkan diet' sejak empat bulan lalu.

Lima pegawai perisikan Afghanistan maut dalam letupan bom
Asap hitam tebal dilihat berkepul-kepul naik ke udara ketika helikopter tentera berlegar-legar di atas lokasi kejadian.

Tom Cruise bersabung nyawa lompat 25,000 kaki!
Kali ini, Tom Cruise dalam misi Fallout berdepan cabaran mengharungi langit beraltitud tinggi dengan melakukan aksi lompatan 'high altitude, low opening' (HALO).

Kapal perisikan Rusia karam di perairan Laut Hitam
Kapal yang dikenali sebagai Liman itu berlanggar dengan kapal Youzarsif H' yang mempamerkan bendera negara Togo.

Malaysia, Indonesia setuju bekerjasama kongsi maklumat risikan tangani IS
Malaysia dan Indonesia bersetuju bekerjasama dalam perkongsian sumber perisikan, selain memantau pergerakan anggota kumpulan militan IS yang pernah berperang di Syria dan Iraq, serta media sosial.