Lima pegawai perisikan Afghanistan terbunuh manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta yang dipasang bom merempuh konvoi mereka di barat Kabul pada pagi Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.
"Insiden itu berlaku pada pukul 4.45 pagi waktu tempatan di kejiranan Bagh-i-Davod. Letupan besar itu telah memusnahkan beberapa kenderaan, kediaman dan kedai. Mangsa telah dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan kenderaan tentera," kata saksi Mohammad Shafiq.
Asap hitam tebal dilihat berkepul-kepul naik ke udara ketika helikopter tentera berlegar-legar di atas lokasi kejadian.
Kumpulan militan Taliban kemudian tampil mengaku bertanggungjawab sejurus selepas serangan.
Sementara itu, jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai, berkata mereka akan memberi butiran lanjut kepada media kemudian.
Kabul, ibu kota Afghanistan yang dihuni kira-kira lima juta orang, telah dilanda beberapa siri pengeboman bunuh diri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada Ahad, sejumlah 23 orang maut manakala 107 lagi cedera selepas seorang anggota kumpulan militan Daesh meletupkan jaketnya yang telah dipasang bahan letupan berhampiran lapangan terbang Kabul semasa konvoi naib presiden Afghanistan melewati kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Pada 24 Julai, serangan melalui roket berlaku di bahagian barat Kabul, menjejaskan sebuah rumah dan mencederakan tiga orang. Kabul telah dilanda beberapa siri pengeboman bunuh diri sejak beberapa tahun kebelakangan ini. (Foto AP)
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
PM Anwar terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.
ASEAN perlu strategi bersatu tingkatkan industri EV, kata CEO Yinson
ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.