AMSTERDAM: Belanda pada Sabtu memutuskan untuk mengusir beberapa diplomat Rusia dan mengehadkan jumlah pegawai kanan berikutan pertikaian berterusan antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.
Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.
"Percubaan berterusan Rusia untuk menugaskan pegawai perisikan ke Belanda di bawah perlindungan diplomatik tidak boleh diterima.
"Oleh itu, kami mengehadkan bilangan diplomat Rusia di Belanda," menurut dakwaan Hoekstra di Twitter.
Belanda turut menutup konsulat jeneral di Saint Petersburg dan Pejabat Perdagangan Rusia di Amsterdam, katanya.
Terdahulu, Kementerian Luar Rusia memanggil Duta Besar Belanda Gilles Arnout Beschoor Plug pada Jumaat dan memaklumkan mengenai halangan yang dihadapi Kedutaan Rusia di Belanda, termasuk berkaitan isu visa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Belanda turut bertindak menutup konsulat jeneral di Saint Petersburg dan Pejabat Perdagangan Rusia di Amsterdam. - Gambar hiasan
[TERKINI] Taklimat & Sidang Media Bagi Persediaan Plus | 19 Mac 2025
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
Pantau Belanjawan: Sasaran RM180 Bilion Jualan Hartanah: Adakah pasaran bersedia?
Malaysia menyasarkan jualan RM180 bilion pada 2025 dengan ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2025 bakal menghimpunkan pemimpin hartanah dari ASEAN dan China. Bagaimana strategi kerajaan akan memacu industri ini? Kupasan lanjut bersama Penyelidik, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran.
Masjid, surau diarah laksana solat hajat untuk Palestin
Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sebagai doa kepada rakyat Palestin sepanjang baki Ramadan.
Indonesia gesa UNSC bertindak menentang serangan baharu Israel ke atas Gaza
Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa digesa untuk mengambil tindakan terhadap serangan baharu Israel di Gaza dan mengembalikan gencatan senjata bagi mengelakkan korban jiwa dalam kalangan orang awam.
Gesaan itu dibuat Kementerian Luar Indonesia menerusi satu kenyataan di X.
Gesaan itu dibuat Kementerian Luar Indonesia menerusi satu kenyataan di X.
Angkasawan NASA pulang selepas 9 bulan di angkasa
Angkasawan NASA Butch Wilmore dan Suni Williams kembali ke Bumi selepas sembilan bulan di angkasa berikutan kegagalan kapal angkasa Boeing Starliner yang sepatutnya membawa mereka pulang lebih awal.
Palestin mohon sesi tergempar Majlis Liga Arab
Pada Selasa, permohonan untuk mengadakan sesi tergempar Majlis Liga Arab di peringkat wakil tetap dikemukakan Palestin, susulan tindakan Israel secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Lubang benam di Gua Musang-Lojing sedang dibaiki
Lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, insiden kali ketiga berlaku berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang sedang giat diperbaiki dan bakal dibuka hanya selorong sebelum 28 Mac ini bagi memudahkan perantau pulang untuk sambutan Aidilfitri pada hujung bulan nanti.
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Penasihat
Tan Sri Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes dirujuk AGC
Mahkamah Majistret Johor Bahru memberi DNAA kepada warga emas yang didakwa menampar lelaki bukan Muslim kerana makan di tempat awam ketika Ramadan, sementara kes dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ikuti lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Asyraf Malik dari Putrajaya mengenai siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan membunuh
India telah memanggil pulang diplomat utamanya dari Kanada selepas dituduh terlibat dalam kes pembunuhan seorang pembangkang Sikh.

Belanda usir beberapa diplomat Rusia, tutup pejabat perdagangan - Kementerian Luar
Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.