JOHOR BAHRU: Jalan pintas atau dikenali sebagai "laluan tikus" bagi pejalan kaki untuk memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, akan ditutup berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tindakan penutupan dibuat berdasarkan faktor keselamatan berikutan terdapat laporan insiden kemalangan berlaku di kawasan berkenaan.
"Lorong tikus untuk masuk ke BSI itu sedang dikaji dengan rapi dan ada cadangan bagi jangka masa pendek iaitu buat (sediakan) bas henti-henti untuk mereka yang berjalan kaki dari kawasan Stulang menuju ke CIQ BSI.
"Terdapat juga kemalangan jiwa, kita risau kalau perkara ini terus berlaku dan juga isu kebolosan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan Di Tambak Johor di Kompleks CIQ BSI di sini hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof secara dalam talian itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sebelum ini, media melaporkan lorong tikus berhampiran sebuah hotel di sepanjang Jalan Lingkaran Dalam itu, menjimatkan masa pejalan kaki dari Malaysia ke Singapura kerana pada masa ini mereka terpaksa berjalan sejauh 1.5 kilometer mengelilingi CIQ BSI.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri berharap akan ada berita baik untuk Johor dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat ini.
"Segala permohonan yang diperlukan oleh Johor telah dibawa kepada Perdana Menteri, kita akan tunggu pengumuman itu. Saya yakin ada berita baik untuk Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Onn Hafiz (tengah) pada sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bilik Mesyuarat Gambir, BSI pada Rabu. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.

"Laluan tikus" pejalan kaki di CIQ BSI ditutup serta-merta
Tindakan penutupan dibuat berdasarkan faktor keselamatan berikutan terdapat laporan insiden kemalangan berlaku di kawasan berkenaan.

11 orang termasuk tiga rakyat Malaysia ditahan polis Indonesia kerana seludup PATI
Polis Indonesia menumpaskan kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan penahanan 11 individu, termasuk tiga warga Malaysia di Batam, Kepulauan Riau.

25 PATI dan dua tekong diberkas, cubaan masuk Malaysia ikut 'lorong tikus' gagal
Kemasukan kumpulan PATI itu telah dikesan dan diintip selepas mereka menaiki sebuah van jenis Nissan Urvan dan sebuah kereta Proton Saga pada jam 5.50 pagi.

Dadah jutaan ringgit bolos melalui 'laluan tikus' di sempadan Kelantan-Thailand - Ayob Khan
Terdapat 136 laluan tikus yang berada di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand dikenal pasti masih aktif untuk aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Kawasan Felda di Negeri Sembilan jadi sarang penagihan dadah - Polis
Seramai 162 individu telah ditahan iaitu 14 adalah pengedar, memiliki dadah (28), penagih (21) manakala dikenakan waran tangkap (82).

Enam lokasi konkrit PKPD termasuk 'laluan tikus' dirosakkan
Enam lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang, Sungai Petani.

Rosak penghadang jalan di laluan tikus: Polis Terengganu tingkat rondaan
Setakat ini, dua perbuatan khianat dengan merosakkan penghadang jalan telah dikesan, susulan pelaksanaan PKPD di Kuala Terengganu.

Ketua-ketua komuniti bantu pasukan keselamatan pantau PKPD
Kumpulan yang dikenali sebagai 'Pasukan Komuniti Prihatin' ini didaftarkan di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah Kuantan dengan persetujuan pegawai daerah.