KUANTAN: Buat pertama kali di Pahang, satu kumpulan terdiri daripada ketua-ketua masyarakat di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibentuk bagi membantu pasukan keselamatan.
Kumpulan yang dikenali sebagai 'Pasukan Komuniti Prihatin' ini didaftarkan di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Kuantan dengan persetujuan pegawai daerah.
Ia akan turut bertugas bersama pasukan keselamatan di kawasan PKPD terbabit, menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali.
Katanya, Pasukan Komuniti Prihatin ini tidak akan melakukan tugasan penguatkuasaan, namun penglibatan mereka meringankan tanggungjawab pihak berkuasa yang boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara lebih besar, yang memerlukan perhatian yang lebih berat.
"Ada tiga sebab kenapa kita memilih bantuan daripada ketua masyarakat kawasan PKPD ini.
"Perkara pertama adalah, mereka dia lebih mahir di kawasan yang dikenakan PKPD.
"Kedua, mereka ini sebagai pemantau dan memaklumkan kepada kita sekiranya ada apa-apa yang perlu diambil tindakan.
"Dan yang ketiga, untuk membantu dari segi penyaluran bantuan kebajikan sekiranya ada aktiviti-aktiviti bantuan di kawasan yang dikenakan PKPD," katanya semalam.
Mohamad Noor berkata, Pasukan Komuniti Prihatin yang diperkenalkan di sini mungkin boleh diperluaskan ke daerah-daerah lain bagi menjayakan matlamat PKPD yang turut memerlukan penglibatan masyarakat setempat.
Terdahulu, tujuh mukim di daerah Kuantan yang dikenakan pelaksanaan PKPD bermulai 24 Mei lalu, kini tamat pada 7 Jun.
Namun, dua lokasi baharu iaitu Jaya Gading dan Kawasan Perindustrian Gebeng dikenakan pelaksanaan PKPD bermula 8 hingga 21 Jun, ekoran wujud kluster baharu di kedua-dua kawasan itu.
Sehingga 7 Jun, Kluster Jaya Gading yang membabitkan tiga lokaliti iaitu Kampung Jaya Gading, sebahagian Kampung Seri Damai dan Bandar Baru Jaya Gading, merekodkan 52 kes positif manakala Kluster Batu Hitam melibatkan Kawasan Perindustrian Gebeng, merekodkan sebanyak 56 kes positif.
Sementara itu, laluan tikus di Jabor, Kuantan yang sebelum ini ditutup, akan terus ditutup berikutan kerap digunakan oleh pengguna yang kurang bertanggungjawab, dengan jumlah pelanggaran rentas daerah tanpa kebenaran yang sangat tinggi.
"Buat sementara ini, kita masih kekalkan (tutup laluan tikus) demi kebaikan dan untuk memastikan tidak ada kebocoran pergerakan, khususnya yang tidak mendapat kebenaran," tegasnya.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Jun 07 2021

Mohamad Noor berkata, Pasukan Komuniti Prihatin mungkin boleh diperluaskan ke daerah-daerah lain bagi menjayakan matlamat PKPD yang turut memerlukan penglibatan masyarakat setempat. - Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.

Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.