KUALA LUMPUR: Kalangan perniagaan perlu bertindak melaksanakan langkah pencegahan penipuan yang menyeluruh, terutama dalam menghadapi jenayah kewangan yang kian sofistikated, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata, ini berikutan penjenayah terbabit beroperasi merentasi sempadan selain mengeksploitasi kaedah globalisasi dan teknologi bagi kepentingan sendiri selain mencabuli undang-undang negara.
"Ciri-ciri jenayah kewangan yang semakin transnasional itu bermakna dana daripada aktiviti-aktiviti haram berkenaan dapat bergerak memasuki struktur lebih kompleks, mendalam dan pantas yang menyukarkan usaha pengesanan atau menjejakinya," katanya ketika menyampaikan ucap tama pada program tahunan Minggu Kesedaran Penipuan (FAW) edisi keenam Kenanga Investment Bank di sini, hari ini.
FAW secara maya pada tahun ini bertemakan 'Penegasan Daya Tahan Etika dan Moral Bagi Tadbir Urus Baik,' dan sejajar dengan penekanan komitmen serta keyakinan Kenanga terhadap kaitan nilai-nilai etika dan moral dalam membangunkan tadbir urus berkesan.
Pada masa sama, ini juga dapat membentuk budaya korporat dalam konteks pengawalseliaan yang pesat berkembang sepertimana dialami sekarang.
Mengulas selanjutnya, Abdul Wahid berkata, minat ketara dan permintaan terhadap transaksi dalam talian susulan pandemik COVID-19, hanya meningkatkan lagi jenayah siber melibatkan teknologi baharu sepertimana ancaman semasa yang merupakan sesuatu yang asing sedekad lepas.
Beliau turut memetik laporan pihak polis mengenai rakyat negara ini yang mengalami kerugian RM2.23 bilion akibat jenayah siber bagi tempoh 2017 hingga Julai 2021.
Sejumlah 20,000 kes berasingan direkodkan pada 2021 yang melibatkan kerugian bernilai RM560 juta manakala lebih daripada 11,000 kes jenayah siber dilaporkan di Malaysia bagi tempoh Januari-Julai 2022.
Abdul Wahid turut menegaskan bahawa kemungkinan kadar penipuan ini meningkat seiring dengan perkembangan globalisasi, pasaran lebih kompetitif, aspek teknikal yang lebih maju serta peningkatan tempoh atau masa.
Sementara itu, ketika berkongsi pandangan sama, Pengerusi Kenanga Tan Sri Syed Zainol Anwar Jamalullail berkata kekerapan ramai menggunapakai transaksi digital itu hanya meningkatkan lagi peluang untuk berlakunya penipuan serta risiko proses digital yang menjurus ke arah salah laku tersebut.
"Oleh itu, adalah penting bagi perniagaan untuk memastikan keselamatan serta sekuriti platform digital dalam usaha mendapatkan keyakinan orang ramai," katanya ketika menyampaikan ucap tama.
Syed Zainol turut menegaskan kepentingan perniagaan untuk menggunapakai sistem pengurusan yang cekap serta selamat di platform masing-masing yang dapat membantu membina kepercayaan orang ramai, sekali gus menggalakkan penerimaan oleh pihak awam atau platform digital.
Pada masa sama, beliau menekankan mengenai keutamaan mendidik orang ramai mengenai ancaman penipuan baharu dan yang ketara.
"Walaupun perniagaan dijangka mengemas kini dan meningkatkan langkah keselamatan, ini masih belum cukup untuk mencegah semua penipuan kewangan.
"Aspek peringatan dan peningkatan kesedaran misalnya tidak hanya mengukuhkan lagi keperluan untuk sentiasa berwaspada tetapi akan turut mewujudkan keadaan yang membolehkan semua lebih peka terhadap risiko serta bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan antara satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Abdul Wahid turut menegaskan bahawa kemungkinan kadar penipuan ini meningkat seiring dengan perkembangan globalisasi, pasaran lebih kompetitif, aspek teknikal yang lebih maju serta peningkatan tempoh atau masa. - Gambar fail

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

Laksanakan segera langkah menyeluruh cegah penipuan kewangan - Wahid Omar
Penjenayah kini beroperasi merentasi sempadan selain mengeksploitasi kaedah globalisasi dan teknologi bagi kepentingan sendiri.

Wahid Omar dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia mulai 1 Mei 2020
Tan Sri Wahid Omar dilantik Pengerusi Bukan-Eksekutif (Non-Executive Chairman) Bursa Malaysai berkuatkuasa 1 Mei 2020.

Dagangan saham Sime Darby digantung 27 Nov
Pemegang saham Sime Darby telah meluluskan pelaksanaan pengasingan syarikat induk Sime Darby - menjadi tiga syarikat berasingan - dalam satu mesyuarat agung luar biasa.

Hak pengguna lebih terjamin dengan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan M'sia
Hak pengguna akan lebih terjamin dengan penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang mana pengguna boleh terus membuat aduan kepada suruhanjaya berhubung masalah berkaitan perkhidmatan penerbangan.

Parlimen: Lebih 71 peratus berpendapatan lebih RM3,000 sebulan - Abdul Wahid
Sebanyak 71.3 peratus keluarga di negara ini memperoleh pendapatan di atas paras RM3,000 sebulan, sekali gus menunjukkan peningkatan daripada paras 61.3 peratus pada tahun 2012.

Rafique Merican dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab Maybank
Mohamed Rafique Merican telah dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab Maybank berkuat kuasa 5 Jun 2013 sementara menunggu pelantikan presiden dan ketua pegawai eksekutif baru.