KOTA KINABALU: Laksam, sejenis masakan diperbuat daripada tepung beras yang dimakan bersama kuah lemak putih berasal dari Kelantan dan Terengganu, kini tidak asing lagi bagi penduduk Sabah yang turut menggemari makanan tradisional itu.
Ketika menelusuri sebuah jalan di sini sekitar tiga tahun lepas, penulis tertarik dengan papan tanda 'Laksam' di sebuah gerai pinggir jalan itu, dan sejak itu penulis menjadi pelanggan tetap gerai milik Anuar Awang yang menjual laksam serta pelbagai masakan dari pantai timur Semenanjung.
Anuar, 50, yang mesra dengan panggilan 'Abe Nuar' berasal dari Bachok, Kelantan turut menawarkan pelbagai masakan lain seperti nasi kerabu, nasi berlauk, dan kuih akok menggunakan sendiri bahan yang dibawanya dari negeri asalnya itu.
"Orang Sabah tertarik dengan masakan ini kerana ia unik dan jarang boleh dapat di sini, menyeberang Laut China Selatan saya bawa masakan ini. Selain jual makanan saya juga bangga memperkenalkan masakan negeri asal saya di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Anuar menjual pelbagai masakan itu dengan harga antara RM6 hingga RM8 sebungkus bergantung kepada jenis masakan dan menurutnya mampu menjual sekitar 20 hingga 30 bungkus sehari.
Selain masakan tradisi pantai timur Semenanjung, beliau turut menjual 'jeruk bambangan' yang merupakan makanan tradisi masyarakat Sabah yang disediakan isterinya seorang wanita Sabah dari etnik Kadazandusun.
Pelanggan setia Jumadi Sakkul, 44, seorang Pegawai Penerangan dari Sepanggar di sini berkata, beliau amat menggemari masakan pantai timur Semenanjung sejak mengenali masakan itu ketika bertugas di Kuantan, Pahang sekitar 10 tahun lalu.
"Rasa masakan pantai timur Semenanjung memang berbeza dengan Sabah, dulu masa kerja di sana (Pahang) selalu makan nasi dagang, nasi kerabu, laksam semua tetapi balik Sabah bila tidak makan lama, rasa rindu dan kita carilah. Itu boleh jumpa Abe Nuar ini," katanya yang kembali ke Sabah dua tahun lalu.
Beliau berkata, bahan-bahan masakan unik dari Kelantan dibawa Anuar itu memberikan rasa yang tersendiri serta sukar ditemui dalam masakan di Sabah, membolehkan penduduk Negeri di Bawah Bayu itu mengenali rasa unik masakan dari Semenanjung.
Pegawai Tadbir sebuah universiti awam di sini, Deiryll Everly Josan, 39, dari Tuaran berkata, penduduk Sabah tidak mempunyai masalah untuk menerima masakan pantai timur Semenanjung itu kerana sejak sekian lama bersikap terbuka kepada kepelbagaian serta budaya luar.
"Sabah ada 33 kumpulan pribumi, jadi banyak masakan di negeri ini. Masakan itu pula bukan satu etnik makan tetapi semua makan seperti Hinava (sejenis kerabu ikan) daripada Kadazandusun tetapi semua makan. Begitu juga laksam, nasi kerabu walaupun dari Semenanjung tetapi kami juga makan," katanya.
Deiryll Everly berkata, tukang masak terkenal mendiang Anthony Bourdain berkata 'Food is Everything We Are' membawa maksud makanan cerminan kepelbagaian kita sebagai masyarakat sebuah negara, justeru semua jenis makanan di negara ini mencerminkan kepelbagaian indah Malaysia dan rakyatnya, yang perlu dirasa serta dicintai oleh semua. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Anuar atau 'Abe Nuar' berasal dari Bachok, Kelantan turut menawarkan pelbagai masakan lain seperti nasi kerabu, nasi berlauk, dan kuih akok menggunakan sendiri bahan yang dibawanya dari negeri asalnya itu. - Gambar BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Laksam 'Abe Nuar' di pinggir jalan Kota Kinabalu digemari pelbagai bangsa
'Abe Nuar' yang berasal dari Bachok, Kelantan menawarkan pelbagai masakan dari negeri asalnya kepada masyarakat di Sabah.