SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap pendapatan pelaburan kumpulan itu akan bertambah baik pada suku tahun seterusnya dengan perkembangan dan kestabilan ekonomi global yang berterusan, terutamanya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata isu seperti kenaikan kadar faedah yang mula mereda akan memberi peluang kepada dana pencen itu untuk menjana pulangan yang lebih baik pada suku-suku akan datang berbanding suku pertama berakhir 31 Mac, 2023.
"Seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, KWSP perlu melabur 70 peratus kepada kewangan yang dijana dalam pelaburan domestik dan kebiasaannya kita memang melabur.
"Maka, pada tahun ini, kita memang akan melabur lebih kurang 70 peratus bagi peluang pelaburan di dalam Malaysia dan bakinya kita akan melabur di luar negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Panduan dan Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP, di sini, pada Selasa.
Pendapatan pelaburan KWSP naik tiga peratus kepada RM15.16 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, daripada RM14.77 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2022.
Sementara itu, mengenai Panduan dan Aplikasi Belanjawanku, Amir Hamzah berkata, data yang diberikan adalah sebagai panduan kepada ahli KWSP dan juga rakyat Malaysia untuk melihat bentuk perbelanjaan yang diperlukan bagi keperluan harian.
"Kita berharap mereka dapat melihat kepada panduan dan aplikasi Belanjawanku dan dapat mengubah cara berbelanja dan mula ambil peluang untuk menambah simpanan masa depan. Ini sekadar memberi sokongan melalui aplikasi yang boleh menolong ahli KWSP," katanya.
Aplikasi dan panduan tersebut mula diperkenalkan pada 2019 meliputi 11 bandar utama di seluruh negara yang memperincikan mengenai perbelanjaan minimum mengikut kategori isi rumah dan menyediakan cadangan tentang peruntukan perbelanjaan pilihan dan simpanan persendirian.
Sehingga Mei 2023, aplikasi Belanjawanku telah merekodkan jumlah muat turun sebanyak 12,000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Pendapatan pelaburan KWSP naik tiga peratus kepada RM15.16 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, daripada RM14.77 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2022. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.