MELAKA: Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini berbanding RM63.7 dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata daripada jumlah itu zakat fitrah merekodkan kutipan berjumlah RM6.18 juta, meningkat sebanyak 7.41 peratus berbanding pada tahun lepas.
"Pada tahun lepas, Zakat Melaka telah berjaya mengutip keseluruhan zakat berjumlah RM128.3 juta dan pada tahun ini, kita menyasarkan kutipan sebanyak RM135 juta sekali gus memastikan zakat yang dikutip dapat diagihkan sepenuhnya kepada asnaf yang berhak," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Aspresiasi dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zakat Melaka Tahun 2023 yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Menurut Ab Rauf sehingga Mac tahun ini, MAIM telah membelanjakan RM35.2 juta dana zakat untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak dan layak dibantu bagi memastikan kelangsungan kehidupan mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata Zakat Melaka perlu kreatif menggunakan teknologi dan platform media sosial untuk menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan membayar zakat seperti yang termaktub dalam Rukun Islam sekali gus menarik minat rakyat berzakat.
"Saya mahu warga kerja Zakat Melaka cakna dengan perubahan teknologi semasa dan perlu mengadaptasinya seiring dengan penerimaan rakyat agar proses pembayaran zakat dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan pantas," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata kerajaan negeri Melaka akan menambah baik sistem birokrasi sedia ada khusunya dalam aspek pembelian peralatan pembelajaran antaranya kerusi dan meja melibatkan Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan perkara yang berlaku di sebuah kelas di sebuah SRA di Jasin tidak berulang demi keselesaan murid sekali gus melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
"Kerajaan negeri akan melihat, memantau dan memberikan kaedah penambahbaikan supaya sistem birokrasi dalam pembelian ini juga (meja dan kerusi) boleh dipercepatkan memandangkan bajet telah diluluskan pada Disember lepas," katanya.
Ab Rauf berkata bukan semua SRA JAIM berada dalam keadaan daif dan semua pembelian peralatan pembelajaran telah diuruskan dengan baik sejak 2020.
"Sebanyak 95 peratus kemudahan dan peralatan pembelajaran termasuk kerusi dan meja di sekolah berkenaan telah lengkap...hanya sebuah kelas sahaja belum sampai lagi," katanya.
Beliau turut memaklumkan perkara itu telah diselesaikan dengan baik antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dan pegawai JAIM seperti video berdurasi lebih tiga minit yang tular sejak dua hari lepas.
"Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Akmal kerana telah menyegerakan pembelian kerusi dan meja berkenaan menggunakan wangnya sendiri untuk membantu sekolah berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Ab Rauf (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Pegawai Terbaik Ibu Pejabat kepada Fazrul Aizad Ayub (dua, kanan) pada Majlis Aspresiasi dan Penyampaian APC Zakat Melaka Tahun 2023. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.

MAINS kutip RM67 juta zakat pada separuh pertama 2024
Secara keseluruhan, RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf, melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.

Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.

Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.

Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.

Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.

Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

MAINJ peruntuk RM7 juta baik pulih rumah asnaf
MAINJ akan membaik pulih 280 rumah di Johor tahun ini dengan peruntukan RM7 juta.

Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.