KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memberi jaminan untuk membantu memudahkan pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan lagi perniagaan mereka termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.
Timbalan Menterinya, Datuk R. Ramanan berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti isu-isu penting yang dihadapi PKS yang memerlukan perhatian kerajaan susulan sesi perbincangan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (MIMCOIN).
"Saya sudah dengar dengan mendalam, antara masalah dihadapi semua PKS adalah bagaimana mereka boleh membangunkan (kembangkan) perniagaan mereka, dalam aspek untuk dapatkan bantuan (kewangan), infrastruktur dan jalinan hubungan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres PKS Keempat anjuran MIMCOIN, di sini, pada Sabtu.
Beliau percaya Kerajaan MADANI menerusi pelbagai agensi seperti SME Corp, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berupaya membantu PKS berkenaan dari aspek pembiayaan kewangan, bimbingan keusahawanan, geran sepadan dan jalinan hubungan.
Mengenai perbincangannya dengan MIMCOIN berkenaan pelbagai isu dihadapi PKS, beliau berharap MIMCOIN boleh menjadi badan penghubung antara kementeriannya dan pemain-pemain PKS dalam mengatasi apa juga permasalahan yang dihadapi.
"MIMCOIN sekarang mempunyai lebih 1,000 SME di bawahnya, jadi jika boleh, MIMCOIN ini menjadi jurucakap kepada mereka (usahawan PKS) untuk membawa isu-isu yang dihadapi ke KUSKOP dan agensi-agensi berkaitan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ramanan berkata, Kongres PKS itu adalah platform terbaik dalam berkongsi ilmu berhubung keusahawanan, motivasi dan meningkatkan rangkaian hubungan antara pemain industri PKS.
Turut hadir Pengerusi The Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL), Datuk Seri Mohd Iqbal Rawther; Presiden MIMCOIN, Datuk Jamarulkan M.S Kadir dan Pengerusi Penganjur Kongres PKS Keempat, Datuk Abdul Hamid P.V Abdu. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan (tujuh, kiri) bergambar bersama para peserta kongres yang hadir pada perasmian Kongres PKS Keempat anjuran Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN). - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.

Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.

Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.

Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.